NEGARA berduka kehilangan 10 perwira negara dalam nahas melibatkan dua buah helikopter di dua helikopter Tentera Diraja Malaysia (TLDM).

Salah seorang perajurit yang menaiki Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) yang bertembung di udara dan terhempas ketika sedang menjalani raptai itu ialah Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, 41.

Memetik laporan Buletin TV3, difahamkan Allahyarhamah sudah lama menyimpan impian untuk menaiki helikopter sebelum menamatkan perkhidmatan yang berbaki beberapa bulan lagi.

Perkara itu dikongsikan ibu saudaranya, Laila Fairus Ismail, 58.

“Arwah bagi tahu sebelum pencen teringin nak naik helikopter. Sepanjang kerjaya, ini kali ketiga beliau naik. Itu pun selama tiga hari disebabkan terbabit dalam latihan raptai,” kata Laila.

Baca juga: Terkorban nahas helikopter, warganet sayu melihat dua anak kecil Joanna Felicia. ‘Jasamu akan dikenang wirawati negara’

Baca juga: Terjunam selepas berlanggar di udara, 2 helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak

Baca juga: ‘Lambaian penuh makna…’ Hantaran Facebook kru Skuadron 503 meruntun hati warga maya

Baca juga: ‘Berbahagialah, aku tidak akan mengganggu lag… Seperti satu petanda, status WhatsApp milik juruterbang helikopter bertembung di Lumut tular

Ujarnya, pada sambutan 1 Syawal lalu arwah antara orang yang paling ceria. Allahyarham juga memaklumkan bakal pencen tidak lama lagi dan akan menetap dengan suaminya yang juga seorang anggota TLDM di Kuantan, Pahang.

“Arwah seorang yang mudah ‘happy’ dan pada hari raya, Farah memaklumkan akan berpencen kalau tak salah pada Jun ini.

“Baru-baru ini, beliau juga ada memaklumkan, sebelum ini tak pernah naik helikopter dan teringin nak merasainya sebelum berpencen nanti.

“Namun tak disangka kejadian seumpama itu berlaku,” katanya.

Laila juga berkata menurut ahli keluarga, jenazah anak saudaranya itu dalam keadaan sempurna dan hanya mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Baca juga: Suami sepupu Eyra Hazali salah seorang korban helikopter bertembung di TLDM Lumut

Baca juga:‘Last dah,takut tak dan.’ Ajak bergambar, nasi berlaukkan ikan masin & telur, permintaan terakhir mangsa nahas helikopter kepada kakak

Baca juga: Leftenan T Sivasutan mangsa nahas helikopter, baharu tiga bulan mendirikan rumah tangga. ‘Abang sangat baik, minat TLDM’

Tangkap layar WhatsApp anak saudara Noorfahimi, Fatin Atiqah Rosli.

Pemergian Noorfarahimi amat dirasai keluarga. Kakak sulungnya, Nurlaida Mohd Saedy,55, berkata Allahyarham sempat memuat naik rakaman video permandangan dari atas helikopter ketika berlepas dan menghantarnya ke grup WhatApp keluarga.

“Beliau anak keempat daripada lima beradik. Sepanjang kariernya, arwah sering menghantar gambar dan video-videonya terus kepada saya dan jarang berahsia.

“Malah pada pagi hari kejadian, arwah sempat menghantar pemandangan dari udara sebelum tragedi itu berlaku,” katanya.

Iklan

Tambahnya, jenazah allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Damak, Sungai Bayor, Rantau Panjang, Selama, Perak atas permintaan suaminya.

Tragedi menimpa Noorfarahimi tidak memadamkan cita-cita dua anaknya untuk menjadi seorang anggota tentera.

Nur Alwani Fatihah Muhd Faizul,12, dan abangnya Muhd Alif Farhan,16, berkata kejadian yang mengorbankan ibu mereka bersama sembilan lagi anggota TLDM menjadi motivasi untuk mereka mengejar impian.

Terdahulu media melaporkan dua buah helikopter milik TLDM bertembung diudara ketika menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Kejadian itu menyebabkan 10 anggota termasuk arwah, terkorban.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, bedah siasat tiga perajurit wanita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah selesai.

Kesemua mangsa diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat TLDM.

Sumber: Buletin TV3, Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!