MAMPU gantikan gula putih, gula kelapa (palm sugar) sangat berkhasiat untuk pengambilan seharian.

Gula kelapa adalah manisan natural yang terhasil dari pokok kelapa. Ia mempunyai pelbagai nama, mengikut jenis pokok yang dihasilkan.

Antaranya gula Melaka, gula kabong, manise, gula nipah, gula merah dan sebagainya.

Tambah lagi gula kelapa lebih sesuai untuk pesakit diabetes kerana mempunyai Indek GIisemik yang lebih rendah berbanding gula pasir dan madu.

Gula kelapa juga mengandungi lebih banyak mineral seperti kalsium, potassium dan zat besi berbanding dengan gula pasir yang hampir tiada mineral.

Ambil dalam kuantiti yang sederhana untuk mengelakkan rasa pahit kopi atau teh sahaja bukan untuk mendapat rasa manis.

Baca juga Garam, gula juga pusaka si mati, nak guna perlu minta kebenaran pewarisnya

Ini 60 nama lain bagi gula, kaki diet penting ambil tahu!

Berikut merupakan kehebatan gula kelapa:

1. Jumlah elektrolit

Apa contoh elektrolit? Potassium, magnesium dan sodium. Penting untuk fungsi otot, saraf, organ dan sel sel.

2. Rendah GI

Hampir sama dengan GI gula yang ditemui dalam buah.

3. Anti oksida asli

Tidak diletak bahan kimia atau bahan tambahan lain. Nutrien dikekalkan dalam bentuk asal.

4. Ada inulin

Tiada dalam gula lain. Pastikan usus sihat. Gula dalam darah dikawal. Halang penyakit bahaya seperti kanser.

Iklan

Baca juga Susu pekat tinggi kandungan gula! Lebih baik guna susu sejat sahaja. Ini penjelasan pakar

Kurangkan gula secara drastik untuk diet boleh bawa mudarat!

5. 100% bebas ‘bone-char’

Pernah dengar? Bone-char adalah sebatian tulang haiwan yang sering digunakan. Untuk putihkan gula dan kekalkan kehalusannya. Ni ramai tak tahu.

6. Non-GMO

Gula kelapa adalah 100 organik. Produk GMO banyak dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan.

Iklan

7. Kaya vitamin dan mineral

Tiada pada gula putih. Seperti asid amino, vitamin C, vitamin B. Gula kelapa senang ditukarkan kepada nisbah 1:1.

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspir