SEJAK awal minggu ini, isu penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) dalam transaksi tol menjadi rungutan ramai susulan didakwa menjadi punca kesesakan di beberapa buah plaza tol seluruh negara.

Susulan itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) baru-baru ini segera menambah baik perkhidmatan dengan menggandakan kehadiran petugas mereka di plaza tol selain meningkatkan keterlihatan papan tanda arah bagi pengenalan lorong RFID.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Terbaharu, dalam satu kenyataan PLUS juga mengatakan pihaknya telah mengenal pasti beberapa plaza tol di mana lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup akan diaktifkan semula.

Pada masa yang sama, PLUS juga sedar kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan lebuh raya ketika pelaksanaan RFID laluan Juru-Skudai baru-baru ini.

PLUS terus komited untuk menambahbaik tahap pengalaman pelanggan di lebuh rayanya menerusi langkah-langkah berikut;

1) Mengaktifkan semula lorong SmartTAG

  • PLUS telah mengenal pasti beberapa plaza tol di mana lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup akan diaktifkan semula ekoran rungutan dari pelanggan dan pengurusan trafik.
  • PLUS mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari 2022 untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina dan selepas perayaan iaitu pada pada 19 Februari, 24 lorong SmartTAG akan
    diaktifkan di 18 plaza tol.

Pada masa yang sama, PLUS juga sedar kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan lebuh raya ketika pelaksanaan RFID laluan Juru-Skudai baru-baru ini.

2) Meningkatkan prestasi sistem

  • PLUS mengambil segala pendekatan perlu dalam mengoptimumkan prestasi sistem RFID dan meningkatkan kadar pengesanan tag RFID di plaza tol.
  • Palang tol berganda yang lebih pantas akan dipasang di plaza-plaza tol dengan jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan kenderaan dapat melalui lorong RFID dengan lebih pantas.
  • Sebagai tambahan, lokasi zon pengesanan RFID akan ditandakan pada permukaan jalan bagi membolehkan pengguna memastikan kedudukan kenderaan mereka dengan lebih baik dalam meningkatkan kadar pengesanan yang lebih tinggi ketika melalui lorong RFID.

3) Menempatkan petugas di lorong

Iklan
  • PLUS juga telah menempatkan Pembantu Khidmat Pelanggan di semua 158 lorong RFID di semua 74 plaza tol untuk memberi bantuan kepada pelanggan RFID yang menghadapi masalah dengan menggunakan Peranti Pengesan Mudah Alih.

4) Lokasi strategik untuk pusat pemasangan tag RFID dan penggantian

  • Terdapat 24 pusat pemasangan tag RFID di lebuhraya PLUS dan 35 lagi lokasi berada di luar lebuh raya.
  • Senarai penuh Pusat Pemasangan boleh didapati di laman sesawang https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres yang dikemas kini dari semasa ke semasa.
  • Pelanggan yang mengalami masalah pengesanan RFID di lebuhraya PLUS akan menerima kupon Touch N Go dari pembantu Khidmat Pelanggan kami dan pelangganboleh terus ke pusat Pusat Pemasangan Tag RFID yang terdekat untuk pemeriksaan.
  • Jika tag didapati rosak, pihak Touch N Go akan menggantikan tag tersebut secara PERCUMA.
  • PLUS akan terus bekerjasama dengan Touch N Go untuk meningkatkan bilangan pusat pemasangan RFID bagi memastikan pemasangan tag yang betul oleh ejen pemasangan yang terlatih.

Baca juga RFID Bermasalah, Pengguna Boleh Dapatkan Gantian Pelekat Percuma Daripada PLUS

Iklan

Sementara itu, PLUS turut memohon maaf kepada pelanggan lebuh raya atas kesulitan yang dialami akibat
kesesakan yang berlaku semasa permulaan pelaksanaan RFID Perintis Awam ke-2 sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Juru ke Skudai pada 15 Januari lalu.

Projek RFID tersebut adalah selaras dengan pelan tindakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) Kementerian Kerja Raya ke arah eko-sistem lebuh raya bebas kesesakan iaitu Sistem Aliran Tol Tanpa Henti (MLFF).