MENTERI Pendidikan baharu kerajaan perpaduan sahaja mengangkat sumpah semalam. Nama Fadhlina Sidek menjadi sebutan ramai selepas diberikan amanah mengemudi kementerian itu.

Berita pelantikan itu sekali gus menjawab persoalan kaum Hawa setelah genap dua minggu pasca Pilihan Raya Umum Ke-15.

Baca juga: 5 info menarik Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan wanita pertama

Kredit foto: Bernama

Memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik adalah adalah tanggung jawab ibu bapa. Ia adalah senjata yang dapat mengubah kehidupan seseorang individu menjadi lebih baik sekali gus menaiktaraf keluarga pada masa hadapan.

Demikian pentingnya pendidikan dan dekatnya sistem pendidikan negara kepada ibu-ibu. Justeru dengan pelantikan Menteri Pendidikan baharu ini ramai wanita bersuara tentang beberapa isu berkaitan perubahan yang perlu dilakukan.

Baca juga: PT3 mansuh diganti PBS mulai 2022, 10 fakta ibu ayah perlu tahu

Kredit foto: Freepik

Menerusi tinjauan di laman sosial, Bibir Merah mendapati ramai yang ingin peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) sebagai mekanisme pentaksiran kembali dijalankan bagi menilai kemajuan anak-anak.

Ramai juga yang ingin Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tidak diteruskan atas pelbagai sebab termasuk komponen Pentaksiran Bilik Darjah yang diragui ketelusannya.

Tidak hanya itu, ramai juga para ibu yang mahu sesi akademik dimulakan pada bulan Januari dan berakhir pada Disember seperti sebelum pandemik melanda negara.

Melalui laman sosial , para ibu menyuarakan kebimbangan akan nasib anak-anak yang menjadi ‘lost generation’ pasca Covid-19.

Baca juga: Ahli akademik akui silibus Darjah 1, 2 dan 3 terlalu rumit, tidak sesuai dengan daya intelektual anak

Kredit foto: Freepik

Sementelah hampir dua tahun permata hati mereka perlu mengikuti Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) bermaksud ramai yang ketinggalan atau keciciran untuk menguasai sukatan dan kemahiran asas iaitu menulis, membaca dan mengira (3M).

Covid-19 meragut banyak pembelajaran dan kesejahteraan kehidupan. Generasi yang hilang perlukan harapan baharu bagi menghidupkan impian dan masa depan mereka. Justeru, masih belum terlambat untuk mewujudkan satu kaedah untuk menangani isu generasi ini. Bantulah mereka!

Isu sukatan pelajaran juga turut disuarakan para ibu agar ia dinilai semula. Seperti yang kita sedia maklum, silibus mata pelajaran yang digunakan dalam sistem pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah di negara ini digunakan sejak 2017. Ia dikatakan terlalu padat dan ‘tinggi’ hingga menimbulkan kesukaran kepada anak-anak dan ibu bapa.

Iklan

Baca juga: ‘Macam tadika di Malaysia’- Bapa dedah sukatan Gred 1 di AS tarik perhatian warganet

Kredit foto: Bernama

Bakal lengkap pusingannya selama lima tahun pada 2022, rata-rata ibu bapa menyuarakan agar silibus baharu yang bakal diguna bersesuaian dengan usia dan perkembangan intelek kanak-kanak.

Diharapkan Menteri Pendidikan baharu dapat menyelesaikan beberapa isu yang dibangkitkan ini agar generasi akan datang yang cemerlang dan berilmu akan terus dilahirkan sekali gus memastikan kemajuan serta kemakmuran negara.

SiBibirMerah: Harap pakaian seragam sekolah khususnya kasut berwarna hitam tidak diubah kepada kasut putih. Sejak diwajibkan, ibu-ibu suka kerana tidak perlu menyental kasut.

Iklan

Baca juga: ‘Soalan membunuh minat.’- Tak mampu ajar anak darjah satu jawab soalan matematik, Ibu ini rasa mahu bakar ijazahnya!

Kredit foto utama: 123RF (Sinar Harian)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi