TAHUKAH anda bahawa bakal pengantin tidak perlu mengikuti kursus pra perkahwinan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

Ya! Bakal mempelai yang bercadang ingin melangsungkan perkahwinan sepanjang PKPB tidak perlu berbuat demikan seperti sebelum-sebelum ini.

Sebaliknya mereka hanya perlu ditemuduga sebelum dinikahkan di Pejabat Agama Daerah masing-masing.

Kelonggaran itu diberikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama kepada calon suami dan isteri berikutan kursus pra perkahwinan tidak dapat diadakan akibat pandemik Covid-19.

Tapi bagaimana pula proses temuduga yang perlu dibuat sepanjang PKPB ini? Boleh datang terus ke pejabat agama atau bagaimana?

Tenang wahai bakal mempelai, ‘tak lari gunung di kejar’! Ini ada sedikit berita baik khusus buat anda yang ingin berkahwin di Pulau Pinang atau pada mereka yang juga berasal dari sana.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan mengadakan temuduga khas bagi menggantikan kursus pra perkahwinan Islam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan enam bulan pasca PKPB.

Iklan

Memetik laporan portal akhbar tempatan, Pengarah HEAIPP, Zulkifli Long berkata, permohonan untuk temuduga khas itu boleh dibuat di Pejabat Agama Daerah bermula 5 Jun ini.

“Setiap pemohon diberikan buku sama seperti kursus pra perkahwinan Islam dan ketika temuduga mereka akan ditanya soalan berdasarkan buku itu,” katanya.

Iklan

Pemohon atau bakal pengantin dari negeri lain dan berasal dari Pulau Pinang boleh menggunakan keputusan temuduga khas itu untuk melangsungkan akad nikah di mana-mana tempat di seluruh negara.

Pemohon boleh menghubungi Pejabat Agama Daerah Timur Laut di talian 04-2612976/011-11442317, Barat Daya (04-8668525/011-3777363), Seberang Perai Utara (04-5751182/011-55347577), Seberang Perai Tengah (04-5386451/019-4162611) dan Seberang Perai Selatan (04-5821001/013-9243767).