Akui kes pelik dari awal, pakar forensik terkenal terlibat autopsi kedua Tangmo, jawatankuasa khas ditubuh

A
A
A

KISAH kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida atau nama asalnya Pataratida Patcharawirapong sudah berlarutan sejak penghujung Februari.

Pemakaman mendiang yang sepatutnya berlangsung pada 14 Mac ditangguh susulan permintaan autopsi kedua oleh ibu Tangmo, Panida Siriyuthayothin.

Baca juga: Bakal Jalani Bedah Siasat Kali Kedua, Persemadian Tangmo Nida Ditunda

Dalam perkembangan terkini, memetik Bangkok Post, panel khas akan dipilih Jawatankuasa Senat hak asasi manusia, kebebasan dan perlindungan untuk meneliti siasatan polis yang sedang dijalankan ke atas berhubung kematian pelakon itu.

Menurut Senator Somchai Sawaengkan semalam, jawatankuasa itu yang dijangka ditubuhkan minggu depan akan memanggil pegawai daripada Polis Nonthaburi, Institut Perubatan Forensik Hospital Besar Polis dan Pejabat Sains Forensik Polis untuk disoal siasat.

Sementara itu, Senator Kamnoon Sidhisamarn akan meneliti pemeriksaan kamera keselamatan di Jambatan Rama VII yang dipercayai mempunyai lebih banyak petunjuk tentang apa yang sebenarnya berlaku pada malam kejadian 24 Februari lalu.

Baca juga: #SiBibirMerah Kematian tragis Tangmo Nida, warganet berang ibu terima permohonan maaf, pampasan RM3.8 juta

Baca juga: #SiBibirMerah Kematian Tangmo Nida Disahkan Kemalangan, Timbul Spekulasi Dipaksa Lakukan Hubungan Intim

Imej rakaman CCTV yang menunjukkan bot dinaiki Tangmo pada malam itu.

Dr Porntip Rojanasunan, pakar patologi forensik terkenal yang kini bergelar senator turut menjadi salah seorang ahli jawatankuasa itu yang akan memerhati bedah siasat kedua yang diminta oleh ibu mendiang.

Porntip berkata beliau menjangkakan bedah siasat kedua akan menjelaskan lebih banyak persoalan terutamanya tentang luka besar pada paha Tangmo iaitu sama ada ia berlaku sebelum atau selepas pelakon itu terjatuh ke dalam sungai.

"Kes ini memang pelik sejak awal lagi," katanya Porntip.

Terdahulu, Porntip melalui laman sosial Facebook rasmi mengulas bahawa ramai dalam kalangan orang awam termasuk keluarga Tangmo tersilap percaya bahawa hanya polis mempunyai akses kepada laporan forensik mangsa.

Mengikut undang-undang, doktor forensik mempunyai kewajipan untuk mendedahkan kebenaran, tetapi memandangkan bedah siasat di Thailand telah disepadukan ke dalam siasatan polis, proses itu mungkin tidak telus seperti yang sepatutnya.

Dr Porntip Rojanasunan

Beliau berkata Thailand harus menerima pakai Protokol Minnesota PBB, satu set garis panduan yang mana forensik perlu berdiri sendiri.

Porntip bukanlah nama asing dalam bidang forensik. Pakar patologi forensik itu pernah terlibat dalam proses pengecaman mangsa Tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004.

Malah beliau pernah merungkai pelbagai kes berprofil tinggi di Thailand dan sering mengkritik polis berhubung pengendalian bukti forensik.

Sepanjang kariernya, Porntip bekerja secara bebas daripada polis dan melaporkan terus kepada Kementerian Kehakiman.

Baca juga: Keluarga Sedia Baju Terakhir, Jasad Tangmo Nida Tidak Benar Disolek Kerana…

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca