PASANGAN selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir, sepakat untuk memilih tarikh 1 Januari 2021 bagi melangsungkan pernikahan mereka.

Nabil yang juga pengacara memberitahu, tarikh itu dipilih bagi memudahkan mereka mengingati ulangtahun perkahwinan.

“Saya sebenarnya ada cadangkan beberapa tarikh lain, tetapi Ayda bagi cadangan tarikh berkenaan kerana dia mudah ingat sebab Ayda memang jenis susah nak ingat tarikh,” katanya.

Pengumuman itu dikongsi pasangan terbabit menerusi video Episod 1 #BilAydaJatuhCinta di saluran YouTube Wuzz Show, hari ini.

Bukan itu sahaja, pasangan itu turut berkongsi detik awal perkenalan sehingga membawa kepada bermulanya percintaan mereka.

“Pertama kali bertemu, kami hanya bergambar kerana Ayda menjadi duta kepada produk milik rakan saya. Kali kedua berjumpa, Ayda ajak saya menari di atas pentas.

Iklan

“Kemudian dua bulan selepas itu, dia DM (direct message) saya dan kami berbual. Jadi Ayda lah yang memulakan langkah pertama itu,” tambah Nabil.

Iklan

Terdahulu, Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu.