Baim Wong, isteri ‘prank’ polis demi konten konon ada keganasan rumah tangga tampil mohon maaf
SELEBRITI Indonesia Baim Wong yang kini aktif menghasilkan kandungan untuk saluran YouTube dikecamdi laman sosial selepas berkongsi video ‘prank’ pihak polis.
Setelah menerima respons negatif daripada warga mata, video tersebut telah dipadam dalam masa kurang 24 jam.
Menerusi video terbabit, Baim bersama isterinya, Paula Verhoeven dikatakan berpura-pura membuat laporan kerana menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Baca juga: Berhenti prank anak dengan ‘sound’ mengilai seram. Lukakan emosi, anak jadi pendendam
Tindakan itu dibuat oleh Paula yang berada di balai polis manakala Baim berada di dalam kereta sambil merakam situasi tersebut sebelum turut masuk ke Balai Polis Kebayoran Lama.
Pihak polis pada awalnya tidak mengetahui wanita yang ingin membuat laporan itu merupakan Paula sebelum memintanya untuk menanggalkan pelitup muka yang dipakai.
Baca juga: Hukum ‘prank’ dalam Islam, boleh jatuh haram jika menipu, menakut-nakutkan, membuka aib
Kandungan media sosial itu menyebabkan pasangan tersebut menerima komen yang negatif. Apatah lagi ia dibuat semasa isu panas penyanyi Lestri Kejora didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga Rizky Billar.
Dalam perkembangan terkini, pelakon berusia 41 tahun itu dan isterinya tampil meminta maaf secara terbuka.
“Maafkan saya dan keluarga. Semoga pada masa hadapan menjadi lebih baik. Terima kasih atas teguran dan pembelajarannya.” kongsi Baim di Instagram.
Kata Baim, isterinya Paula sudah menegur tetapi beliau tetap berkeras untuk melakukan usikan itu.
“Saya meminta maaf kerana melibatkan pihak polis. Saya kenal dengan polis itu kerana mereka yang menangkap pencuri motosikal di rumah saya, sebelum ini.
Baca juga: [VIDEO]"Sorry pak cik siapa suruh gatal sangat"- Wanita prank lelaki tua waktu Maghrib
Baca juga: Wanita ugut mahu bunuh diri jika selebriti Indonesia, Baim Wong tak bayarkan sewa rumahnya
“Saya terima teguran sebab saya cuma manusia. Isteri saya sudah menegur tetapi saya tetap ingin meneruskan idea itu,” kata Baim menerusi video berdurasi empat minit 42 saat.
“Saya minta maaf juga kepada mangsa keganasan rumah tangga. Saya tidak terfikir sama sekali perbuatan itu bodoh,” tuturnya.
“Saya berterima kasih kepada teman-teman yang telah menegur kesilapan dengan pelbagai cara yang berbeza. Tolong ingatkan saya selalu. Semoga pada masa hadapan menjadi lebih baik.”-Baim
Bagaimanapun, Polis Indonesia mengesahkan akan mengambil tindakan terhadap pasangan selebriti itu kerana kedua-duanya merupakan tokoh masyarakat yang boleh memberi impak kepada masyarakat.
Langkah itu dilakukan sebagai pencegahan dan pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan perkara yang sama pada masa hadapan.
Jadikan ini sebagai pengajaran. Diharapkan masyarakat tidak terikut-ikut melakukan gurauan melampau sembarangan seperti ini.
Baca juga: [VIDEO]Prank pesanan makanan ke tempat perkuburan, janganlah aniaya rider
Baca juga: Gurauan melampau, 5 sekawan temui ajal kerana hand sanitizer
Sumber: CNN Indonesia, Kompas
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang