REKOD demi rekod berjaya dipecahkan! Terdahulu SinarPlus ada melaporkan yang mana Kumpulan K-Pop terkemuka, BTS berjaya memecah rekod dunia dengan menjadi kumpulan Korea Selatan pertama yang menduduki tangga teratas carta single Amerika Syarikat (AS).

Kini, BTS sekali lagi mencatatkan satu lagi rekod baharu di YouTube apabila video muzik lagu “DNA” mereka berjaya mencapai 1.1 bilion tontonan hari ini.

Tayangan YouTube untuk video muzik “DNA,” yang dikeluarkan pada September 2017, melepasi 1.1 bilion tontonan pada awal pagi tadi (Isnin).

Pencapaian tersebut sekali gus menjadi video pertama bagi kumpulan itu yang mencapai kejayaan tersebut, menurut Big Hit Entertainment.

“DNA,” lagu utama kumpulan itu untuk album EP “Love Yourself: Her,” adalah lagu pertama dari Korea Selatan yang turut memasuki carta utama Billboard’s Hot 100 dan Bill 200.

Selain “DNA”, video muzik kumpulan itu “Boy with Luv” dan “Fake Love” masing-masing juga telah berjaya mengumpulkan 969 juta tontonan dan 781 juta tontonan di YouTube sejak artikel ini ditulis.

Dengan pencapaian tersebut secara tak langsungnya kumpulan tersebut berjaya melakar sejarah dengan menjadi artis Korea Selatan pertama yang menduduki tangga teratas Billboard Hot 100 bulan lalu dengan single disko-popnya “Dynamite.”

BTS juga dijangka akan melancarkan album baharu berjudul “BE” pada 20 November. Sama-sama kita nantikan!

Iklan

Untuk rekod, carta single Billboard Hot 100 menggabungkan penstriman AS, tayangan radio dan data penjualan.

Sebelum ini, BTS pernah menduduki tempat keempat dalam carta Billboard Hot 100 pada Mac lalu dengan lagu ‘On’.

Iklan

Artis solo Korea Selatan, PSY pula meraih tangga kedua dalam carta yang sama pada 2012 dengan lagu viral mereka iaitu ‘Gangnam Style’. Memang pecah la lagu Gangnam Style time tu. Korang ingat lagi tak?

Tahniah BTS!