IKATAN perkahwinan penyanyi, Adira Suhaimi dan suami, Datuk Seri Adnan Abu akhirnya terlerai selepas sembilan tahun bersama.

Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang selepas penyanyi berkenaan memfailkan penceraian kerana mendakwa tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinannya.

Beliau terdahulu tidak bersetuju dengan permohonan dibuat isteri keduanya itu dan ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.

Baca juga: Datuk Red muflis sejak 2019, hargai isteri-isteri tutup aib. ‘Adira beri RM100 untuk beli makanan buka puasa & buku sekolah anak’

Baca juga: ‘Keputusan sama, semoga selesai cepat.’ Sesi JKP gagal, Adira tetap pendirian bercerai dengan Datuk Red

Penyanyi lagu Takdir Tercipta itu menjelaskan keputusan untuk tidak menuntut nafkah iddah dan mutaah daripada bekas suami, Datuk Red adalah atas kehendaknya sendiri.

Menurut peguam syarie yang mewakili Adira iaitu Nor Saidah Zakaria, Datuk Red juga bersetuju untuk melepaskan anak guamnya dengan syarat penyanyi itu tidak menuntut apa-apa hak ke atasnya.

“Datuk Red bersetuju untuk cerai kalau Adira tidak menuntut apa-apa. Tapi keputusan itu pun atas kehendak Adira sendiri,”katanya.

Adira juga menjelaskan beliau tidak mahu menuntut apa-apa daripada bekas suami kerana memahami situasi sukar yang sedang dilalui.

Baca juga: “Bayangkan ada dua tapi boleh hilang sekelip mata” – Selain Adira, Datuk Red dedah isteri pertama juga mohon cerai, nafi ada pakatan

Baca juga: Rezeki Datuk Red melimpah lepas mengaku muflis, raih jualan RM100,000 dalam live bersama ibu Neelofa

Yang saya pasti, saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red. Yela, dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia.

“Saya percaya kalau rezeki dia murah, ada bahagian untuk anak-anak saya,”tutur Adira.

Ibu kepada empat anak itu juga tidak akan menghalang bekas suami untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

“Buat masa sekarang, anak-anak saya yang jaga. Tetapi tidak menghalang sekiranya dia ingin menjenguk, mengikut persetujuan kami sendiri.

“Saya tak beritahu anak-anak. Tapi mereka mesti akan tahu. Sebab mereka pun sudah pandai membaca,” jelasnya.

Baca juga: 15 info tuntutan mutaah & harta sepencarian wanita bercerai berhak dapat daripada bekas suami

Baca juga: Bekas suami tuntut harta sepencarian atas rumah milik isteri, ini jawapan peguam syarie tentang tuntutan itu

Untuk rekod, Adira pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Datuk Red di mahkamah ini pada 1 April 2019 namun menarik semula permohonan itu bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.

Iklan

Adira, 33, dan Datuk Red, 42, berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Baca juga: 4 kali bersalin czer, Adira Suhaimi bukan suka-suka ikat peranakan, 8 info wanita perlu tahu

Baca juga: Rupa-rupanya ini rahsia kulit putih gebu cara Adira Suhaimi. Tetap langsing dan cantik walau sudah punya 4 anak!

Datuk Red bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim, mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Iklan

Beliau pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Baru-baru ini, mereka dilihat menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga Adira di Kuching, Sarawak.

Datuk Red dikatakan bimbang ia menjadi Syawal terakhirnya bersama isteri keduanya itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!