Khatan anak usia sebulan, Mira Filzah kongsi pengalaman, banyak manfaat
KHATAN anak ketika usia bayi banyak kelebihannya. Pelakon, Mira Filzah berkongsi menangis apabila anaknya disunatkan dan turut berkongsi pengalaman.
Mira melahirkan cahaya mata sulungnya, Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022 lalu berkongsi telah mengkhatankan bayinya itu. Pelakon utama drama “Lelaki Kiriman Tuhan” itu mengaku menitiskan air mata mendengar tangisan si anak.
Baca juga: Wan Khair Amir jadi pilihan, Mira Filzah dan suami kongsi nama, wajah bayi sulung
“Papa dan mama sangat berbangga baiknya kamu semasa 'sunat'/khatan! Mama menangis bila mendengar tangisanmu pada mulanya. Papa tak menangis tetapi ngilu.
“Boleh dikatakan sepanjang proses khatan kamu tenang dan senyap. Senang Dr nak buat kerja. Bak kata Dr Razak “..depan sudah lepas, bawah pun sudah lepas.. you’re a cool baby”. Alhamdulillah, well done son. May you recover swiftly our dearest little champ!” titipnya.
Baca juga: Mira Filzah lahirkan anak sulung, kongsi tarikh lahir sama 9 Syawal
Dalam pada itu, dalam hantaran yang dikongsikan bersama Mira dan suami, Wan Emir Astar, mereka turut berkongsi 30 hari bergelar ibu bapa adalah momen yang terindah yang tidak dilupakan, termasuk malam yang tidak dapat melelapkan mata kerana menjaga si buah hati.
Pasangan itu juga membacakan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan ayat-ayat al-Quran semasa mendodoikan.
Warga maya turut bersetuju khatan ketika bayi lebih mudah dijaga dan cepat sembuh dan berkongsi pengalaman masing-masing.
-“Alhamdulillah senang nak jaga sunat masa baby.”
-“Alhamdulillah! Insya-ALLAH dua hari sudah kering! Sangat mudah jaga baby boy sunat.”
-“Alhamdulillah insya-ALLAH sunat masa bayi ini cepat sembuh. Baby saya sunat ketika berumur empat bulan, dalam seminggu sudah sembuh.”
-“Ya betul sunat masa baby lebih mudah dijaga. Insya-ALLAH tujuh hari ring terbuka sendiri. Rajin sapu ubat dan kerapkan tukar lampin. Lampin pakaikan saiz besar sedikit dari biasa supaya tidak ketat ya.”
View this post on Instagram
Public Health Malaysia berkongsi kelebihan dan cara penjagaan berkhatan semasa bayi seperti berikut;
- Kurang risiko jangkitan pundi kencing / ginjal pada umur satu tahun.
- Cepat sembuh iaitu dalam masa 24 hingga 72 jam,
- Senang dijaga
- Tidak banyak kerenah pemakanan
Bila waktu sesuai berkhatan untuk bayi?
- Sebelum bayi boleh meniarap sendiri.
Kenapa ia sesuai dilakukan sebelum bayi boleh bergerak atau berpusing?
- Jika bayi sudah mula bergerak secara aktif, amat sukar untuk melakukan prosedur khatan dengan ‘local block’ atau bius setempat. Jika mahu melakukannya juga, mungkin perlu menggunakan bius keseluruhan atau General Anaesthesia (GA) dengan menidurkan baby dan KIV masukkan tiub dalam mulut untuk bantuan pernafasan.
Disamping itu, jika bayi belum lagi aktif berpusing, proses penyembuhan luka lebih murah. Sekiranya mereka aktif seperti bergolek, luka tersebut mungkin sukar untuk dijaga dan berpotensi terbuka jahitan.
Apa kelebihan berkhatan sewaktu bayi?
- Senang jaga, luka pun cepat sembuh berbanding sunat sewaktu besar.
Apa perlu ibu bapa buat semasa prosedur berkhatan?
- Bedung atau pegang tangan dan kaki bayi sambil memberikan susu sewaktu menangis. Baby selalunya akan menangis sewaktu bius diberikan sahaja. Selepas bius mula berkesan, baby tidak akan menangis. Beri rasa selesa dengan menyusukannya.
Berapa lama prosedur khatan?
-15 hingga 20 minit. Luka dijahit pada enam poin menggunakan benang halus 'absorbable'. Benang tersebut akan hilang tanpa perlu risau untuk membuka benang.
Bagaimana prosedur khatan dilakukan?
- Semua peralatan yang digunakan adalah steril. Prosedur kecil ini tidak melibatkan doktor pakar bius dan boleh dilakukan di bilik prosedur.
Lepas khatan, bagaimana penjagaannya?
- Senang saahaja, cuci seperti biasa. Guna larutan normal saline dan gauze/tisu kering untuk lap-lap. Item tersebut boleh dibeli dari farmasi. Disarankan untuk melarutkan dua sudu garam ke dalam air. Ia boleh digunakan sebagai pengganti normal saline dan menjimatkan kos. Disamping itu, doktor akan membekalkan krim antibiotik (fusidic cream). Sapu dua kali sehari dan tidak perlu balut dengan dressing.
Kalau tiada dressing, tidak sakitkah apabila bersentuhan dengan lampin?
- Beli di farmasi krim vaselin dan sapu untuk mengelakkan geseran antara lampin dan kepala zakar.
Berapa lama luka perlu dijaga?
- Tidak sampai seminggu, malah adakalanya kurang daripada itu. Biasanya dalam tempoh 24 hingga 72 jam sahaja.
Tidak risau jika bayi asyik menangis?
- Ini kelebihan sunat awal. Kebiasaannya pada waktu umur empat bulan ke bawah, bayi menangis disebabkan ingin susu atau buang air besar. Berikan susu atau tukar lampin, insha-ALLAH mereka tidak lagi menangis.
Jika bayi anda masih menangis, lihat luka, mungkin ada isu atau bayi mengalami kesakitan. Anda boleh cuba memberikannya ubat paracetamol yang diberikan oleh doktor untuk menahan sakit. Jika masih lagi menangis, disarankan bawa mereka berjumpa dengan doktor.
Apakah komplikasi mungkin berlaku?
- Seperti mana-mana prosedur pembedahan, terdapat risiko komplikasi yang perlu diketahui oleh ibu bapa. Meatitis iaitu keradangan pembukaan uretra atau stenosis meatal dan penyempitan pembukaan uretra, risiko untuk dua perkara di atas ini berlaku dikurangkan dengan adanya kulup. Tapi apabila ia dibuang, risiko untuk perkara di atas akan meningkat. Cara untuk nak mengurangkan risiko adalah dengan menukar lampin dengan kerap.
Baca juga: Bayi maut selepas sejam dilahirkan, doktor ini kongsi bahaya kuman GBS
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang