Lesti Kejora hamil anak kedua selepas kes keganasan rumah tangga? Ini jawapan peguam

A
A
A

PENYANYI Lesti Kejora didakwa hamil anak kedua selepas 'berbaik semula' dengan Rizky Billar.

Tidak hanya kemesraan mereka berdua yang kembali dipertontonkan kepada umum selepas kontroversi rumah tangga, Lesti juga dikatakan sedang hamil anak kedua oleh media Indonesia.

Berhubung khabar bahagia itu, peguam Lesti Kejora, Sandy Arifin, memilih untuk tidak mengulas.

Baca juga: Ungkap maaf, pelukan perdamaian Rizky Billar untuk Lesti Kejora jadi perhatian

Sandy Arifin yang ditemui Detik.com hanya tersenyum dan keberatan untuk membincangkan lanjut tentang hubungan kliennya.

Berkomunikasi setiap hari, peguam itu menjelaskan Lesti kini baik-baik sahaja.

"Setiap dua hari saya akan bertanya mengenai keadaannya. Segalanya baik dan Lesti memberitahu dia berada dalam keadaan sihat,” katanya.

'Doakan sahaja' - Pengurus

Sementara itu, Pengurus Lesti Kejora dan Rizky Billar, Aril Lobster mengaku tidak tahu mengenai berita Lesti hamil anak kedua. Tetapi beliau meminta titipan doa jika perkara itu benar.

"Saya tidak tahu, doakan sahaja kalau (mengandung). Ramai anak, banyak rezeki," katanya.

Menurut Aril pasangan itu dilihat sedang fokus untuk memperbaiki hubungan masing-masing.

"Sekarang nampak mereka berdua. Saling sibuk memperbaiki diri, lebih rapat dengan keluarga," jelasnya yang turut mengatakan pasangan kini dalam fasa ‘cooling down’ selepas dihambat kontroversi rumah tangga.

Baca juga: Lesti Kejora berdamai dengan Rizky Billar, maafkan kecurangan suami dan tarik laporan polis

 

Lesti raih tiga anugerah Indonesian Dangdut Award 2022

Dalam perkembangan terkini, Lesti baharu sahaja dinobatkan sebagai Penyanyi Dangdut Solo WanitaTerpopular. Lagu Dangdut Terpopular dan Video Klip Dangdut Terpopular bagi lagu hits beliau, ‘Sekali Seumur Hidup” di Indonesian Dangdut Award 2022.

Beliau menzahirkan kesyukuran kembali diberi kepercayaan.

“Bismillahirahmanirahim, masya-ALLAH Alhamdulillah, kembali diberikan kepercayaan tahun ini di Indonesian Dangdut Award 2022. Terimakasih kepada ALLAH SWT, keluarga, anak, suami, mama, bapak, dan keluarga besar Lestilovers Leslarlovers,” titipnya.

Baca juga: Rizky Billar disahkan suspek kes keganasan rumah tangga, Lesti Kejora serah kepada undang-undang

Lesti dan Rizky pasangan selebriti Indonesia yang menjadi perhatian susulan dakwaan kecurangan dan keganasan rumah tangga hingga menjadi kes melibatkan polis.

melangsungkan pernikahan pada 19 Ogos 2021 di Hotel Intercontinental Pondok Indah, Jakarta Selatan.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar, 11 bulan.

Baca juga: Masuk pertandingan menyanyi untuk biaya kos pembedahan bapa, ini kisah Lesti Kejora sebelum popular

Sumber: Detik.com, Instagram Lesty Kejora

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca