VIDEO kejadian skrin bersaiz gergasi terjatuh di atas pentas ketika persembahan kumpulan Cantopop, Mirror tular di laman sosial. Berikut kronologi sebenarnya yang berlaku.

Berlaku dalam sekelip mata, menerusi rakaman video, jeritan penonton yang ketakutan jelas kedengaran bergema di Hong Kong Coliseum.

Klip video berkenaan menjadi tular menimbulkan pelbagai reaksi.

Kebanyakan warga maya terkejut dan mempersoalkan kejadian itu. Berikut kronologi insiden yang berlaku:

1-Ahli kumpulan Mirror sedang membuat persembahan bersama penari ketika salah satu daripada beberapa skrin light-emitting diode (LED) bersaiz gergasi yang digantung jatuh terhempas di atas pentas.

2-Dalam insiden yang berlaku pada petang Khamis, 28 Julai 2022 itu, skrin video besar yang digantung pada bahagian siling pentas jatuh menimpa dua penari menyebabkan salah seorang mengalami kecederaan serius.

Baca juga: Terjatuh tingkat 5, kanak-kanak 2 tahun panjang umur, selamat disambut hero

Mirror dianggap sebagai pencetus genre Cantopop

Baca juga: Sempat tinggal pesan sayang ibu ayah, remaja 14 tahun maut terjatuh permainan ‘fun fair’ setinggi 430 kaki

Baca juga: Bahaya! Kabel elektrik jatuh akibat dipanah petir meragut nyawa

4-Susulan kejadian, kerajaan Hong Kong mengarahlam siri konsert Mirror dihentikan.

3-Penganjur konsert MakerVille, yang dimiliki oleh syarikat telekomunikasi gergasi Hong Kong, Richard Li PCCW, memberitahu media tempatan, penari yang cedera parah masih dalam rawatan rapi.

5-Seorang lagi penari yang terlibat mengalami calar dan terseliuh dilaporkan telah discaj dari hospital.

6-Tiga penonton turut dibawa ke hospital selepas tidak sihat manakala dua lagi terkejut, lapor Associated Press.

7-Difahamkan dalam kemalangan itu, tiada seorang pun daripada 12 anggota Mirror cedera.

7-Jurucakap kerajaan China memberitahu pemberita daripada pemerhatian awal, wayar terputus menyebabkan skrin jatuh seterusnya menyebabkan para penari cedera.

8-Menurut laporan South China Morning Post, pakar memaklumkan kemalangan seperti itu jarang berlaku dalam konsert.

Baca juga: Dunia tak sempat ditawan, influencer ajal 2 hari sebelum destinasi akhir

Dua penari menerima rawatan selepas skrin video gergasi yang digantung di atas pentas terjatuh

Baca juga: Cedera di kepala akibat dirampas mahkota, ratu cantik didakwa tak layak menang

9-Jurutera struktur mempersoalkan sama ada peralatan pentas telah dipasang dengan betul dan membuat spekulasi bahawa kekunci untuk mengikat panel video gergasi itu gagal berfungsi.

Iklan

10-Difahamkan dua hari sebelum kejadian itu, anggota Mirror, Frankie Chan terdahulu terjatuh jatuh kira-kira satu meter dari tepi pentas ketika berucap. Beliau kemudian berkongsi di laman sosial mengatakan mengalami lebam susulan kejadian.

11- Manakala malam sebelumnya, seorang lagi ahli kumpulan Mirror, Anson Kong hampir jatuh dari platform ketika sedang menari. Menurutnya, struktur pentas bergegar dan bergoyang.

12-Petisyen dalam talian menggesa penganjur konsert memastikan keselamatan yang lebih baik dilancarkan pada malam Selasa dan memperoleh lebih 13,000 tandatangan.

Baca juga: Seronok bertukar tragedi, nurse maut terjatuh pemainan taman tema 66 kaki

13-Kerajaan Hong Kong turut menghubungi penganjur pada malam yang sama dan menuntut penambahbaikan. Hasilnya, sebarang pergerakan berbahaya dibatalkan serta-merta.

Iklan

14-Penghibur, Aaron Kwok memberikan reaksi susulan tersebarnya laporan yang menyatakan bahawa ahli kumpulan Cantopop itu hanya berlatih selama dua hari sebelum siri konsert bermula.

15-Kwok berkata beliau sendiri perlu berlatih sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari di lokasi konsert dan akan memastikan semua yang terlibat perlu berlatih di pentas replika terlebih dahulu.

Baca juga: Ibu tunggal meninggal dunia selepas terjatuh dalam tong pakaian amal pada pukul 1 pagi

Sumber: Channel News Asia, Reuters

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.