10 fakta Tun Tengku Maimun, lakar sejarah Ketua Hakim Malaysia wanita pertama

A
A
A

NAMA Tun Tengku Maimun Tuan Mat menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini dan muncul trending di Twitter. Memegang jawatan Ketua Hakim, beliau membuktikan wanita juga layak memegang pimpinan tertinggi menerajui badan kehakiman di Malaysia.

Kredibiliti, ketegasan dan kewibawaan wanita hebat menjadi inspirasi para wanita.

Baca juga: Anak jati Muar Timbalan Ketua Juruteknologi NASA, 6 fakta menarik Florence Tan

Baca juga: Wanita hebat, Iman Asri terpilih Syahadah Ula al-Fateh, lulus semakan 30 juzuk dalam 17 jam, 5 info mengenainya

Sementelah beliau adalah Ketua Hakim Malaysia wanita yang pertama dalam sejarah bagi menggantikan Ketua Hakim Kesembilan, Richard Malanjum yang bersara wajib pada usia 66 pada April 2019.

Siapa Tun Tengku Maimun? Berikut 10 info menarik mengenai beliau:

1-Memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) (LL. B.) dari Universiti Malaya, beliau menamatkan pengajiannya pada tahun 1982.

2-Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu memulakan kerjaya pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan kemudian Majlis Perbandaran Seremban.

3-Beliau menyertai perkhidmatan kehakiman dan perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Parlimen di Bahagian Penggubalan Jabatan Peguam Negara.

4-Dalam tempoh 19 tahun, beliau berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Port Dickson, Peguam Persekutuan di Biro Bantuan Guaman Kuala Terengganu, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi di Seremban, Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Pegawai Khas kepada Hakim Besar Malaya dan Ketua Hakim Negara , Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Pendaftar Mahkamah Mahkamah Tinggi Malaya merangkap Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Baca juga: Dahulu ikut abah meniaga pasar malam, kini muncul antara 10 wanita hebat di ASEAN

Baca juga: Tahniah Janushaa! Ini 7 info pegawai wanita TLDM pertama negara tamat pengajian di USNA

5-Jawatan terakhir beliau di dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari 2005 hingga 2006.

6-Pada 2 Oktober 2006, Tun Tengku Maimun dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur manakala pada 5 September 2007, wanita hebat itu telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur.

7-Pada 8 Januari 2013, Tun Tengku Maimun dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Pada 26 November 2018, beliau memegang jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan.

8-Pada 2 Mei 2019, beliau telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

9-Pada 17 Ogos 2020, Tun Tengku Maimun dikurniakan Darjah Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun.

10-Tun Tengku Maimun mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Datuk Zamani Ibrahim dan dikurniakan empat cahaya mata.

Hebatnya portfolio Tun Tengku Maimun, 40 tahun menabur bakti memegang jawatan di pelbagai peringkat. Semoga perjalanan karier dan pencapaian beliau menjadi inspirasi para wanita.

Baca juga: Forbes nobat wanita Malaysia antara 20 CEO cemerlang Asia Pasifik

Baca juga: Menangis hantar anak ke pengasuh setiap pagi, dilema hati wanita kental umpama batu granit

Sumber: Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, 1

Kredit foto: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca