PERASAN tak, ramai dalam kalangan kita terutama yang bekerja tetap yang boleh dikatakan ‘boleh hidup tenang’ makan gaji boleh tahan income nya tetap mahu cari duit lebih?

Pelbagai usaha dilakukan dek nak buat duit tepi. Ada yang rajin buat pelaburan, MLM, jual kuih raya, buat bisnes cuci karpet, jadi personal shopper, jadi YouTuber, bukak kelas tuisyen, jual pokok bunga… pendek kata 1,001 kerja sampingan dilakukan.

Eh tak cukup ke gajinya? Orang lain yang melihat pun naik pelik sampai berkata-kata dalam hati. Paling teruk membawang pula pasal individu tadi.

Sebaiknya usahlah begitu. Kita tak tahu apa yang dilalui golongan terbabit. Ya barangkali memang ada yang mahu cari wang lebih sebab nak kaya, beli rumah, nak kawin, bantu keluarga dan sebagainya. Itu hak dan pilihan masing-masing.

Siapa kita hendak menghalang dan melemparkan pelbagai persepsi padanya.

Tapi alasan pemuda ini pula agak menyentuh hati dan jiwa netizen.

Bekerja sebagai guru, Mohd Fadli Salleh berkata, beliau mengambil kesempatan membuat duit tepi itu sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) negara bermula.

  1. Artikel berkaitan: Susah bangun tahajud? Ada tip mudah dikongsikan influencer cantik ini

Gigih

Asal nama boleh datang duit, pelbagai pekerjaan dan jualan dibuatnya.

Dalam PKP ni, aku sungguh-sungguh buat side income. Cari duit tepi. Kenapa? Duit gaji masuk tak cukup-cukup ke? Tamaknya cikgu ni. Langsung tiada sifat Qonaah.

Kawan, dalam PKP ni, duit gaji aku semua aku sumbangkan dalam Dana Kita. PKP hanya 3 bulan sahaja, tapi lebih dari 5 bulan gaji aku infak semua untuk projek kebajikan.

Maka aku kena gigih cari lain. Macam-macam benda aku jual. Yang untung RM2 sekotak pun aku jual, ikan bilis komisyen RM6 pun jual juga,” katanya.

Difahamkan Dana Kita bertujuan memanfaatkan dana-dana lebihan untuk disampaikan kepada golongan yang memerlukan.

Bagusnya cikgu muda baik hati yang mempunyai lebih 353k followers di Facebook ini.

“Sejujurnya aku dengki. Dengki sangat-sangat. Dengki dengan kawan-kawan yang boleh infak dengan senyuman dan bahagia. Semua ni Allah punya, kata mereka.

Aku lihat depan mata aku, kawan-kawan baik aku, yang duduk bersama, gelak tawa bersama, bertepuk tampar, saling berpelukan setiap kali jumpa dan berpisah. Mereka bagi sedekah, transfer lebih RM100K gitu je. Allah.

Sorang lagi bagi cash hampir setengah juta ringgit. Semua untuk kebajikan. Dia bagi tanpa keluh kesah. Bagi setengah juta dengan senyuman manis. Allahuuu, dengkinya,” tulisnya.

Fadli turut mengajak kita mengubah nasib diri agar dapat menolong pula orang lain.

“Jom kawan-kawan. Kita ubah nasib diri. Kita pakat usaha untuk jadi kaya kerana Allah. Kita pasak niat betul-betul, kita nak jadi kaya agar dapat memberi lebih lagi. Agar dapat bantu lebih ramai orang.

Ramai sangat hartawan dan jutawan diluar sana sangat pemurah dan hebat. Mereka mulakan semua projek dengan infak.

Seorang sahabat ini, bila jumpa kawan-kawan businessman, dia tak bincang pasal bisnes. Dia bincang apa projek kebajikan dan sedekah boleh mereka pakat buat. Jenis projek sedekah modal ratus ribu. Semuanya diinfakkan,” katanya lagi.

Perkongsian Fadli yang tular.

Cerita Fadli, ini kata golongan bermurah hati itu kepada beliau:

“Cikgu. Bila mulakan dengan sedekah, projek dan lubang rezeki lain akan terbuka dengan sendiri. Tak perlu gusar dan keluh kesah”.

Katanya lagi,

“Cikgu. Bisnes ni kita kena ber’partner’ dengan Allah. Gerenti berduyun-duyun hambaNya akan mendekati untuk berbisnes dengan kita. Gerenti berkat dan InsyaAllah selamat dan berjaya.”

Begitu ya adik kakak abang sekalian…

Dalam pada itu, kongsi Fadli lagi banyak yang belajar sebenarnya melalui Hikmah PKP ini. Sangat banyak.

Harapannya semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua.

“Doakan saya ya kawan-kawan.

Semoga hati ini terus menunduk, dan semoga setiap kejayaan akan lebih mendekatkan diri pada Tuhan dan dijauhkan sikap sombong, riak dan bongkak.

Semoga kita semua dilorongkan rezeki mencurah-curah bak air mengalir tanpa putus,” katanya.

Ternyata muat naik statusnya itu menyentuh hati bukan? Padanlah ia ditularkan warganet. Tak kurang yang memberikan komen:

Iklan

Cemburu tngk org lain boleh infak….tksh cikgu satu motivasi utk diri saya….

Terima kasih cikgu share..inspired sangat sumbangan cikgu & sahabat-sahabat 😍

Cemburu tngk org lain boleh infak….tksh cikgu satu motivasi utk diri saya….

Amin. Kaya dunia akhirat

Allahu… mari perbanyak sedekah

T.kasih cikgu perkongsian yg menyuntik kesedaran.

Al Hamdulillahirabbil a’lamiiiiiin… Berkat dan Rahmat PKP…. Rakyat dah mula mengerti ALLAH LAH SEGALANYE2…..

Alhamdulillah.. Ini lah kelebihan rakyat kita. Walaupun byk kesah yg menyedihkan tapi masih ramai di luar sana yg tidak lokek dan rajin membantu. Bukan sahaja ngo, semua pihak termasuk org persendirian tanpa mengira kaum turut menghulur bantuan. Tak kesahlah walau sedikit pun, masing2 main peranan. Mungkin tiada publisiti utk mereka tapi mereka tetap ikhlas membantu. Terima kasih malaysia!

Iklan

T.ksh cikgu..sangat terinsperasi dengan ayat2 cikgu…rasa bersemangat nak bersedekah…

Bisnes dpt merapatkan diri kita dgn Allah..itu sgt betul..

Allahu…deep sgt ayt ” berpartner dgn Allah”.. kerdilnya rasa diri dgn org yg suka mnginfaq harta mereka.. MasyaAllah tabarokallah..

Terima kasih atas perkongsian yang baik ini Cikgu

MasyaaAllah Tabarakallah Tahniah cikgu.. Doakan sy juga menjadi Hartawan Dermawan dan punyai sekeping hati yg luhur spt cikgu.. Aamiin 🥰

Yg sedekah setengah juta tu bijak pelaburan dia…Tak lama lagi dia akan dapat 5 juta pulak…sesungguhnya, berurusniaga dgn Allah lebih menguntungkan…selalu berdoa agar Allah kurniakan kekuatan Dan kelebihan seperti sahabat cikgu..

Semoga pembaca SinarPlus mendapat inspirasi! -AG #rantaiankasih