PERJALANAN 12 tahun untuk membina jenama Farm Fresh sebagai pengeluar produk tenusu terbesar negara melalui jalan yang penuh liku.

Namun, bak kata peribahasa alah bisa, tegal biasa. Ujar Azmi Zainal, dalam perniagaan, cabaran itu sentiasa ada.

Selaku Ketua Pengarah Operasi Farm Fresh, tuturnya, kecemerlangan yang dicapai oleh syarikat tidak hanya diukur melalui penerimaan pelbagai anugerah peringkat tempatan dan antarabangsa sahaja, tetapi lebih daripada itu.

“Secara peribadi, pencapaian paling terkesan dalam jiwa saya apabila kami dapat melahirkan usahawan cemerlang yang berjaya mengubah nasib keluarga mereka menjadi lebih baik.

“Sukar sebenarnya untuk mendidik usahawan baharu yang berdisiplin, namun dengan strategi, pemantauan dan motivasi berterusan, alhamdulillah projek Home Dealer yang diperkenalkan Farm Fresh sejak tahun 2016 menampakkan hasil,“ katanya ketika ditemui SinarPlus di Farm Fresh @UPM Serdang, Selangor Isnin lalu.

12 tahun farm fresh

Setakat ini, ujar Azmi, untuk projek itu, terdapat 45 stokis, 965 pengedar dan lebih 1,400 ejen di seluruh negara.

Kesemua mereka merupakan antara penyumbang jualan produk Farm Fresh yang meliputi kira-kira 30 peratus daripada RM500 juta pendapatan syarikat dalam tempoh setahun.

“Sumbangan daripada pengedar sahaja sudah mencecah lebih RM140 juta setahun dan ia bertambah saban tahun. Pada masa sama, mereka juga menerima pulangan pendapatan maksimum sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

12 tahun farm fresh

“Saya percaya dengan konsep kongsi rezeki. Ini kerana apabila kita memberi peluang kerjaya dan pendapatan kepada orang ramai khususnya wanita, suri rumah atau sesiapa yang hilang tempat bergantung, ALLAH akan permudahkan urusan kita,“ katanya.

Menariknya lagi, Home Dealer berjaya memperoleh pengiktirafan The Winner of Inclusive Business anjuran Asean Business Award 2020.

Baca juga Pegangan saham yang kecil bersama syarikat tenusu, ini respon ‘Boss Susu’

Farm Fresh juga terpilih daripada 10 syarikat di ASEAN untuk acara tahunan anjuran The Asean Business Advisory Council.

12 tahun farm fresh

Untuk rekod, jenama yang memiliki nilai modal pasaran berjumlah RM3.1 bilion turut tersenarai dalam Pasaran Bursa Saham menerusi penawaran permulaan saham syarikat pada harga RM1.35 seunit pada Mac lalu dan kini meningkat kepada RM1.65 seunit (setakat artikel ini disiarkan).

Buah tangan baharu

Seperti yang diketahui ramai, Farm Fresh secara aktif mengeluarkan produk-produk baharu.

Terkini, syarikat perladangan tenusu bersepadu tempatan itu memperkenalkan minuman berasaskan susu yang dirumus khas untuk kanak-kanak membesar iaitu Farm Fresh GROW Formulated Milk.

Menurut Azmi, produk tersebut akan dilancarkan bersama duta rasminya sebagai kejutan pada Konsert Mingguan Gegar Vaganza 9 (GV9) bermula pukul 9 malam ini. Farm Fresh merupakan penaja utama GV9.

Iklan

12 tahun farm fresh

Ujar beliau, secara keseluruhannya, pihak syarikat membelanjakan lebih RM10 juta untuk kempen promosi hingga hujung tahun ini.

Ia termasuk dengan pengenalan satu lagi minuman baharu, Jom Cha yang dipercayai bakal menjadi minuman kegemaran penduduk di negara ini.

Baca juga Boss susu kongsi kisah kejayaan beli jenama jem berusia 123 tahun dan miliki kilang di Australia

“Jom Cha didatangkan dengan pilihan 19 perisa yang enak. Jom Cha telah melalui proses eksperimentasi yang teliti dan resipinya diolah dengan cara tersendiri oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan produk Farm Fresh selama enam bulan lamanya.

12 tahun farm fresh

Iklan

“Dalam minuman itu turut disertakan boba yang mempunyai rasa yang unik kerana diperbuat daripada rumpai laut yang kaya dengan fiber,“ ujarnya.

Sebelum menutup perbualan, usahawan yang terkenal dengan jolokan Bos Susu berharap orang ramai akan terus memberi sokongan terhadap produk tenusu Farm Fresh yang sentiasa mementingkan kualiti dan bernilai kepada pengguna.

12 tahun farm fresh

“Prospek jenama ini semakin diyakini apabila kami bakal menembusi pasaran luar seperti Filipina dan Indonesia, selain memiliki aset seperti ladang genetik dan kilang di Australia,“ katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan