BARU-BARU ini, tular rakaman yang memaparkan detik-detik kemalangan seorang lelaki bertembung dengan kenderaan lain, namun dirinya terselamat meskipun berlaku hentaman yang kuat.

Video berdurasi satu minit itu (diperoleh daripada dashcam), dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial TikTok, @Khalishakif.co yang juga isteri kepada lelaki berkenaan.

Menerusi rakaman tersebut, selepas berlakunya pelanggaran, si suami bertindak untuk keluar kereta dan terus melakukan sujud syukur.

 

Kata wanita itu, meskipun nyawa bagaikan di hujung tanduk, beliau menzahirkan rasa syukur apabila suaminya masih bernyawa dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Baca juga: Tular video kanak-kanak perempuan dirempuh, melintas jalan melulu. Ibu bapa ikut panduan keselamatan ini

“Syukur ALLAH masih pinjamkan suami. Kalau dia laju tiga saat, tidak tahu apa berlaku. Mesti berguling dah kereta kena hentakan pada pemandu.

“Kalau bawa bayi juga tadi, tidak tahu apa yang terjadi. Terima kasih ALLAH kurniakan dia lagi untuk jadi ketua keluarga. Dugaan mencari nafkah di luar, perkara macam ini yang paling ditakutkan. Serah segala pada DIA untuk jagakan,” luah si isteri.

SinarPlus kemudiannya melihat ruangan komen, rata-rata warga maya turut sebak melihat tindakan lelaki itu.

“Allahuakbar…dia sujud syukur tu automatik kita menangis, mesti berdebar sangat jantung sewaktu itu kan.”

“Menitik air mata masa dia sujud syukur, Allahuakbar.”

“Allahuakbar, dia sujud syukur. Sini air mata laju mengalir, semoga sentiasa dalam jagaan ALLAH.”

Iklan

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun rentap tangan melulu lintas jalan cetus kemalangan, 8 tip ini ibu bapa perlu tahu

“Mengalir air mata tengok suami akak sujud syukur, alhamdulillah ALLAH lindung ketua keluarga akak.”

Melihat video berkenaan, memang menggetarkan jiwa. Masakan tidak, perkara yang paling ditakuti dalam perkahwinan adalah apabila kita diuji dengan kehilangan pasangan sama ada sakit mahupun kemalangan.

Iklan

Namun, semua yang berlaku atas kehendak ALLAH, jika DIA menghendaki sesuatu itu maka jadilah ia. Justeru, hargailah orang yang tersayang selagi kita masih bernyawa.

Baca juga:  Tragis, 2 kanak-kanak maut, seorang parah dicampak dari ‘flyover’ setinggi 20 meter, berikut 8 fakta kejadian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan