KUCING antara haiwan peliharaan paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain sikap si bulus yang manja, gelagat nakal yang menghiburkan membuatkan jiwa si pencinta kucing itu akan sentiasa tenang dan bahagia.

Walaupun ada masanya, si bulus boleh membuatkan ramai geram kerana suka membuat barangan bersepah, namun siapalah yang boleh marah si gebus itu lama-lamakan?

 

rumah kucing bak istana

Kalau kita lihat, pemilik kucing biasanya akan menatang minyak penuh kepada haiwan kesayangan mereka.

Bukan sahaja soal makan dan minum, malah rumah si bulus itu akan dibina secara eksklusif agak nampak gah.

Seperti perkongsian video oleh seorang pencinta kucing, @johanandhiscats dalam akaun TikTok membuatkan ramai netizen cemburu.

@johanandhiscatsReply to @ikaatiqah23 Ok ni seperti diminta 😊 . Saya buat semua ni demi kelesesaan dorang ##fyp ##foryou ##foryoypage ##tiktokmalaysia ##tiktokindonesia

♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic

Masakan tidak, kediaman mewah yang disediakan untuk kucingnya dilihat sangat cantik dengan rekaan ala istana.

Siap dengan ruangan untuk bermain, aksesori dan pelbagai jenis rumah dalam ruang yang cukup luas.

Nampaknya pemuda tersebut terlalu mencintai kucing-kucingnya apabila semua ‘mereka’ dilayan seperti VVIP.

rumah kucing bak istana

Padanlah, si comel itu semuanya comel dan gebu.

Video pendek tersebut juga menerima lebih 847,000 tontonan dan 100,000 tanda suka.

Rata-rata yang mengikuti perkongsian tersebut mahu menjadi kucing peliharaan pemuda tersebut.

rumah kucing bak istana

 

Iklan

Ramai juga yang mahu bekerja keras untuk memastikan si kucing dijaga dengan baik.

rumah kucing bak istana

rumah kucing bak istana

Terdapat juga komen yang sanggup disumpah jadi kucing untuk tinggal di istana tersebut.

rumah kucing bak istana

Ramai yang cemburu bilik lebih cantik dan selesa.

Iklan

rumah kucing bak istana

Tidak kurang juga teruja apabila bilik khas kucing lengkap dengan almari handbag dan skrit.

rumah kucing bak istana

Tidak kira bagaimana cara masing-masing menjaga si bulus, apa yang penting kebajikan haiwan kesayangan nabi itu perlu diutamakan.

Meskipun tidak semewah orang lain, namun yang penting semua keperluan cukup dari segi mental dan fizikal.

Jangan lupa bawa jumpa doktor ya untuk vaksin. Kucing pun memerlukan vaksin untuk kekal sihat dan aktif.