ALHAMDULILLAH, pada tanggal 12 Julai 2023, isteri kepada  Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat bersalinkan cahaya mata ketujuh menerusi pembedahan caesarean di KPJ Damansara Specialist Hospital.

Gembira dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga, Dr Sheikh Muszaphar menitipkan kesyukuran atas kurniaan anak lelaki seberat 2.98 kilogram (kg) itu.

“Dilahirkan pada hari ini 12 Julai 2023, bayi lelaki seberat 2.98 kg, sepanjang 51 sentimeter dan berambut lebat.

“Mommy dan bayi sihat dan sedang menyusu. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur,” kongsi pakar bedah ortopedik dan angkasawan Malaysia yang pertama itu menerusi Instagram.

Beliau juga mendedahkan telah memilih nama buat cahaya mata ketujuhnya bersempena nama Rasulullah SAW.

“Sheikh muhammad. Nama yang dipilih demi cinta kepada nabi kita yang terakhir.

“Tetapi anak-anak mahukan nama lain. Noah mahukan Ibrahim, Tasha mahukan Isaac, Adam nak Adam Junior. Eusoff dan Emelia tak kisah dengan dengan mana-mana nama.

“Hanya Bella yang bersetuju dengan nama itu. Masing-masing dengan pemikiran yang berbeza. Buat masa ini kami memanggilnya Little Sheikh,” kongsinya.

Baca juga: ‘Gemuk bersama’. Dr Sheikh Muszaphar rasa tembam tiap kali Dr Halina mengandung, ini puncanya 

Pembedahan caesarean yang dilalui oleh Dr Halina ini adalah kali ketiga setelah mengalami kekurangan air ketuban kurang dan plasenta.

Difahamkan pakar bius itu telah melalui pembedahan berkenaan sebanyak dua kali ketika melahirkan dua pasang anak kembarnya itu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, Sheikh Eusoff serta Sophea Emelia.

Dalam perkembangan terbaru, beliau berkongsi keadaan diri 15 jam selepas pembedahan.

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor

Iklan

“15 jam selepas pembedahan lower segment caesarean section (LSCS). Gaun hospital, kain batik dan ‘beg tangan’ PCA pethidine.

“Kateter kencing sudah dicabut dan saya perlu mula bergerak. Baby boy kami sudah pandai menyusu, Alhamdulillah.

“Satu lagi perjalanan penyusuan buat saya. Terima kasih atas ucapan daripada anda semua! Terima kasih suami kerana berada dengan saya. Syukur kepada-MU Ya ALLAH, Alhamdulillah atas peluang ini,” titip beliau.

Terdahulu, Dr Halina pernah dimasukkan ke hospital susulan demam denggi ketika kandungan berusia 36 minggu.

Dr Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama meneroka angkasa lepas dan ia adalah hasil program yang dilhamkan pada 2003 apabila Rusia bersetuju menghantar seorang warga Malaysia ke ISS.

Beliau dan Dr Halina mendirikan rumah pada 10 Oktober 2010.

Iklan

Pekahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tujuh cahaya mata termasuk iaitu Sophea Isabella, 12, Sophea Natasha, 10, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 6, Sheikh Eusoff serta Sophea Emelia, 2.

Baca juga: ‘Super aktif, mahu pengsan maknya.’-Kongsi sambutan hari lahir anak kembar, luahan hati Dr Halina bikin ramai terhibur

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang