Demi cinta, jurang usia 23 tahun bukan penghalang. Wanita ini akhiri zaman solo lepas berjaya yakinkan keluarga. 'Mentua terima saya seadanya'

A
A
A

JODOH itu rahsia ALLAH. Biarpun jarak usia mencecah 23 tahun, Elya Sudirman, 50, tetap menemui kebahagiaan dengan suami, Mohamad Aizat Aiman Halim, 27.

Tular di laman sosial TikTok, pasangan unik itu diraikan dalam majlis bertandang di Sik, Kedah. Elya dan Aizat yang memakai sepersalinan hijau disambut meriah oleh keluarga pihak lelaki.

"Malulah sudah jadi nenek pun bersanding lagi. Lantaklah apa orang kata," titip Elya pada video berkenaan yang meraih lebih 700,000 tontonan.

Baca juga: Usia 70 tahun, Hulk Hogan bertemu jodoh kali ketiga dengan guru yoga

Baca juga: Waktu kecil hadir perkahwinan suami. Selepas 11 tahun bertemu jodoh lelaki sama, beza usia 38 tahun bukan penghalang

Menerusi laporan Sinar Harian, rupanya pasangan berkenaan sudah enam bulan berumah tangga. Biarpun baharu bertandang ke kampung suami pada Februari, Elya dan Aizat sebenarnya telah disatukan sejak 12 November 2024.

Elya yang merupakan ibu tunggal kepada empat cahaya mata tidak menyangka akan bernikah lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.

Sememangnya sudah ditakdirkan, perkenalan singkat Elya dengan pemandu lori itu di aplikasi TikTok membawa mereka ke jenjang pelamin.

Pun begitu, perjalanan untuk mendirikan rumah tangga bagi pasangan ini tidak semudah disangka kerana Elya terpaksa meyakinkan keluarga susulan jarak usia yang jauh.

Baca juga: Lima tahun beza usia, bekas pelajar kini bergelar suami kepada guru sendiri

Baca juga: Beza usia 62 tahun, lelaki 90 tahun kahwini bekas kakak ipar 28 tahun

"Kami berkenalan tidak sampai setahun dan terus melangsungkan perkahwinan. Saya dan suami disatukan pada 12 November 2023 di Pontian, Johor.

"Reaksi keluarga ketika itu terutamanya abang saya, tidak berapa berkenan kerana beza usia pada masa itu 23 tahun, jadi mereka tidak yakin dengan perkahwinan ini.

"Apabila suami datang bertemu keluarga saya dan tunjuk kesungguhan datang dari Kedah ke Johor untuk beri keyakinan dan dia nyatakan keikhlasannya hendak memperisterikan saya, barulah keluarga saya yakin menerima dia (suami)," katanya lagi.

Apa yang membuatkan hatinya lebih terpaut ialah keluarga suaminya yang menerimanya dengan baik.

"Mereka menerima saya seadanya dan tiada langsung wujud penentangan daripada keluarga pihak lelaki," ujar Elya.

Elya memiliki empat orang anak, tiga menantu dan tiga orang cucu.

Memiliki cahaya mata sulung berusia 27 tahun, Elya mengakui anak-anaknya tidak menentang beliau berkahwin lagi dengan suami yang muda.

Majlis bertandang berlangsung meriah di Sik, Kedah dengan dihadiri keluarga terdekat, kenalan dan penduduk kampung.

Enam bulan bergelar suami isteri, suri rumah itu mengakui sikap saling mempercayai dan bertolak ansur menjadi tip kebahagiaan.

"Dalam kehidupan berumah tangga ini bagi saya yang penting jujur. Jika ada masalah kena terus terang dan jangan dipendam," kongsinya.

Perkongsian video olehnya baru-baru ini menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang berkongsi pengalaman bersuami muda. Malah tidak kurang menzahirkan ucapan tahniah dan doa agar perkahwinan dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ujar mereka;

"Biarlah apa orang kata, janji tuan badan gembira. Kami pun tumpang happy. Selamat pengantin baharu, moga kekal ke jannah," kongsi Abdul Yazid Hassan.

"Angka bukan penghalang, yang penting kebahagiaan yang dicari. Tahniah dear," tulis Eyzan Adam2.

"Tahniah sis semoga kekal ke jannah. Saya berkahwin dengan lelaki bujang umur 24 tahun lebih muda. Doakan semoga hubungan kami direstui," kongsi Ain.

"Doakan semoga perjalananan kami dipermudahkan. Saya 53, si dia 23," titip Dalilah.

"Tahniah awak semoga bahagia hingga ke jannah.Saya pun tua daripada suami. Saya 54 tahun, suami 26 tahun," ujar Suriah Yahya.

Sumber: Sinar Harian, TikTok Lya Elya74

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca