INI merupakan sebuah kisah benar. Bagaimana seorang insan yang telah hilang segalanya menemui kembali harapan untuk terus hidup dengan bantuan seekor kucing.

Sewaktu kecil

James Bowen dilahirkan pada Mac 1979 di daerah Surrey, UK. Zaman kanak-kanak Bowen boleh dikatakan penuh derita.

Dia bukanlah dari satu institusi keluarga yang bahagia. Kehidupannya ketika itu boleh dikatakan penuh penderitaan.

Ibubapa Bowen telah bercerai sewaktu usianya masih lagi muda. Disebabkan penceraian itu Bowen terpaksa mengikut ibunya berpindah dan menetap di Australia.

Hidup gelandangan berubah selepas kehadiran kucing jalanan bernama Bob

Mereka sering berpindah randah dan tidak sempat tinggal lama di sesuatu kawasan. Disebabkan itu, Bowen tidak mempunyai begitu ramai kawan dan ini menyebabkan beliau sering menjadi mangsa buli.

Bowen tidak menghabiskan persekolahan dan sekadar berhenti pada tahun ke dua sekolah menengah sahaja.

Pada ketika itu Bowen boleh dikatakan mempunyai pelbagai masalah pembelajaran seperti gangguan hiperaktif defisit tumpuan (ADHD), schizophrenia dan juga masalah depresi yang amat serius.

Mula hidup sebagai gelandangan

Pada tahun 1997 Bowen telah kembali semua ke England. Ketika itu Bowen menumpang berteduh di rumah kakaknya.

Akan tetapi lama kelamaan hubungan mereka menjadi semakin renggang sehingga Bowen terpaksa membawa diri keluar dari rumah kakaknya itu.

Bowen tidak mempunyai pilihan selain tidur di kaki lima atau di bangku taman. Maka bermulalah hidup Bowen sebagai seorang gelandangan.

Hidup gelandangan berubah selepas kehadiran kucing jalanan bernama Bob

Kehidupan Bowen ketika itu amatlah tidak terarah. Tekanan yang dihadapi oleh Bowen menyebabkan dia mula mendekati dadah. Bowen berkata dalam satu temu ramah,

“Bila kita hidup di jalanan kita cuba sedaya upaya mencari keselesaan biarpun sekelumit dan ramai berpaling arah ke dadah bagi melupakan masalah yang dihadapi oleh mereka” – James Bowen

Bowen kekal dengan keadaan hidup yang sedemikian buat satu tempoh yang agak lama. Bowen hidup di jalanan hinggalah dia dapat menyewa sebuah rumah melalui program perumahan untuk golongan gelandangan yang dilaksanakan oleh kerajaan UK.

Rumah sewa Bowen yang terletak di Tottenham, London ketika itu kecil sahaja saiznya namun itu sudah ibarat syurga bagi Bowen berbanding kaki lima yang amat sejuk di waktu malam.

Pada ketika itu Bowen membayar sewa rumahnya menggunakan hasil kutipan dari bermain gitar di jalanan.

Bertemu kucing cedera

Pada satu hari berhampiran dengan stesen kereta api Bowen melihat seekor kucing berwarna oren yang sedang menjilat luka di kakinya.

Luka tersebut berkemungkinan hasil dari pergaduhan diantara kucing tersebut dengan kucing jalanan lain.

Pengalaman Bowen yang pernah hidup di jalanan menimbulkan perasaan belas dalam dirinya. Bowen tidak boleh membiarkan kucing yang cedera itu begitu yang dilihat begitu memerlukan pertolongan dari manusia jika ingin terus hidup.

Kucing tersebut diambil dan dibawa oleh Bowen untuk dirawat di klinik haiwan berhampiran. Biarpun hidup Bowen ketika itu boleh diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, dia cuba sedaya upaya membayar kos rawatan kucing tersebut dengan hasil busking beliau yang tidak seberapa.

Dengan rawatan dari doktor haiwan dan juga preskripsi ubatan kucing tersebut akhirnya beransur pulih. Bowen yang pada awalnya menyangka kucing tersebut mungkin mempunyai tuan melepaskan semula kucing tersebut.

Hidup gelandangan berubah selepas kehadiran kucing jalanan bernama Bob

Namun kucing tersebut seakan enggan meninggalkan Bowen. Bowen menjadi sebak ketika itu. Rata-rata ahli keluarga beliau seakan melupakan beliau dan memandang jijik keadaan Bowen namun di mata kucing tersebut Bowen hanya seorang manusia yang telah menyelamatkan ia. Sejak dari itu kucing tersebut mula tinggal dengan Bowen.

Pada waktu itu Bowen merasakan sangat sukar untuk berpisah dengan kucing tersebut yang diberi nama Bob oleh Bowen. Bob mengikut Bowen ke mana saja Bowen pergi.

Bob mengikuti Bowen menaiki bas untuk bekerja dan apabila Bowen bermain gitar di jalanan Bob akan duduk berhampiran dengan Bowen. Perkara itu sedikit sebanyak menarik perhatian orang awam untuk berhenti dan melihat Bob.

Pendapatan Bowen mengalami peningkatan yang mendadak pada waktu itu. Bob seolah-olah satu rezeki dari tuhan yang membantu Bowen untuk terus hidup. Keuntungan yang diperolehi oleh Bowen telah membantu beliau untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

Hidup gelandangan berubah selepas kehadiran kucing jalanan bernama Bob

Tidak lama selepas itu gambar-gambar dan video Bob bersama Bowen sewaktu Bowen bermain gitar di jalanan mula tular di Internet.

Bowen mula mengetahui perkara ini apabila beliau melihat begitu ramai telah menunggunya dan Bob di tempat mereka berbusking sebelum mereka mula membuat persembahan lagi. Salah satu video tersebut telah menarik perhatian seorang penerbit buku.

Penerbit tersebut menawarkan Bowen menerbitkan sebuah buku mengenai kisah hidup Bowen dan Bob. Bowen ingin menerima tawaran tersebut namun Bowen sedikit resah kerana dia tidak pernah menulis buku. Namun Bowen menarik nafas lega apabila penerbit tersebut memberitahu mereka ada menyediakan khidmat ghostwritter bagi membantu Bowen menulis buku tersebut.

Buku tersebut yang diberi nama “Street Bob Cat: A Man And A Cat In The Street Have Hope” telah diterbitkan tidak berapa lama selepas itu.

Hidup gelandangan berubah selepas kehadiran kucing jalanan bernama Bob

Iklan

Buku tersebut mengisahkan pengalaman persahabatan diantara Bowen dan Bob sang kucing dan juga motivasi bagaimana untuk bangkit semula selepas jatuh.

Ia juga mengandungi banyak kisah-kisah beransur komedi tentang pengalaman Bob dan Bowen di jalanan.

Buku tersebut telah menjadi sebuah best-seller yang mana rata-rata kedai yang menjual buku tersebut telah kehabisan stok buku tersebut dalam masa yang singkat!

Hidup gelandangan berubah selepas kehadiran kucing jalanan bernama Bob

Di dalam buku tersebut Bowen ada mengatakan bagaimana tindakan dia menyelamatkan seekor kucing mampu mengubah hidupnya.

Persahabatan yang dihulurkan oleh Bob telah menyembuhkan hati Bowen yang hampir remuk kerana kesengsaraan hidup. Mungkin, jika seekor kucing mampu berkata-kata Bob juga akan mengatakan perkara yang sama.

Rezeki Bowen dan Bob semakin bertambah selepas itu. Populariti buku tersebut telah menyebabkan satu tawaran filem diberi kepada Bowen dan Bob untuk kisah hidup mereka berdua difilemkan.

Filem tersebut yang diberi nama A Street Cat Named Bob telah ditayangkan di panggung wayang pada tahun 2016. Filem tersebut telah memenangi anugerah Best British Film di U.K. National Film Awards pada Mac 29, 2017.

Hidup gelandangan berubah selepas kehadiran kucing jalanan bernama Bob

Walaubagaimanapun filem tersebut tidak begitu berjaya di pasaran antarabangsa dan hanya ditayangkan di panggung wayang yang terpilih di luar UK. Bob sendiri berlakon dalam filem ni.

Iklan

Masa sekarang

Bowen dan Bob terlibat secara aktif dalam pelbagai pertubuhan kebajikan bagi membendung gelandangan dan juga perlindungan haiwan.

Mereka masih membuat persembahan berkala di tempat mereka sering berbusking yang mana hasil kutipan dari busking terserbut didermakan pada pertubuhan kebajikan.

Sudah pun tiada pada usianya 14 tahun

Pada malam 13 Jun 2020, Bob meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Menurut Bowen, sebelum mengetahui Bob dilanggar kereta, Bob tidak pulang ke rumah beberapa hari.

Kemalangan yang mengenai kepala Bob menyebabkan haematoma yang membuatkan Bob mati serta merta di tempat kejadian.

Bob dibawa ke veterinar oleh seorang orang awam. Oleh sebab Bob mempunyai mikrocip, jadi pihak veterinar dapat menghubungi Bowen.

“Adakah pemandu tersebut berhenti? Adakah dia tahu yang dia melanggar Bob? Berapa lama Bob terbaring di jalan sebelum ada orang menjumpainya?” kata Bowen dengan suara sedikit bergetar menahan sebak.

“Saya seperti tidak percaya. Saya rasa kami masih ada masa lagi bersama-sama. Ya dia semakin tua tapi Bob masih ada beberapa tahun lagi untuk hidup.”

Berasa sangat sedih dan terasa kehilangan yang teramat sangat, lelaki berusia 41 tahun itu sukar untuk bercakap tanpa menahan sebak.

Hidup gelandangan berubah selepas kehadiran kucing jalanan bernama Bob

Dia juga sukar untuk tidur sejak hari pertama Bob hilang. Lebih-lebih lagi dia tidak dapat terima haiwan yang sudah lama berada di sisinya siang dan malam lebih sedekad dirampas dengan cara yang kejam sekali.

“Saya tak sedar pun saya mencari Bob merata kemudian baru saya sedar yang Bob sudah tiada, seakan tidak dapat bernafas. Ianya satu mimpi buruk. Bob adalah rakan baik saya.”

SUMBER : The Mamamiaow