'Hilang penat, puas & gembira tengok orang suka.' Datin Furyna anggap memasak dan berkebun sebagai terapi diri

A
A
A

BAGI pengguna produk jenama Aurawhite Global Sdn Bhd, pasti nama Datin Furyna tidak asing buat mereka.

Terbayang akan wajahnya yang manis dan sentiasa murah dengan senyuman.

SinarPlusbaru-baru ini memenuhi jemputan bagi majlis pelancaran produk terbaharu jenama tersebut iaitu Aurawhite Dazzle Glopeptide. Produk terbaharu itu merupakan minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini dan premium.

Baca ni ‘Isteri ibarat bayang…’ Healing berdua & mengalah apabila bergaduh, Izzue Islam dedah rahsia rumah tangga bahagia

aurawhite

Masih mengekalkan Ayda Jebat sebagai duta yang kini memasuki tahun kesembilan, Furyna mengakui cukup selesa dengan jalinan ukhuwah antara mereka.

"Ayda dilantik sebagai duta sejak 2014 lagi dan jujur saya akui cukup mudah berurusan dengannya. Selain melaksanakan tugasnya sebagai duta, beliau juga tidak lokek berkongsi idea untuk penambahbaikan produk ini.

"Bukan itu sahaja, sifatnya yang mengutamakan keluarga membuatkan saya cukup tersentuh. Itu antara persamaan yang ada antara kami yang membuatkan saya mahu mengekalkan Ayda sebagai sebahagian daripada keluarga Aurawhite," ungkap Furyna.

Baca lagi 'Arwah abah letak syarat kepada suami...'. tiada masalah tinggal serumah, Liza Hanim mahu praktik cara & didikan ibu bapa

aurawhite

MENGUTAMAKAN KELUARGA

Mula bertapak sejak tahun 2012, jenama tersebut kini memasuki tahun ke-11 di pasaran, pelbagai pahit manis dilalui termasuklah ketika negara dilanda wabak Covid-19.

"Alhamdulillah berkat sokongan tidak berbelah bahagi ahli keluarga, kawan-kawan, rakan pengusaha produk lain termasuk selebriti, maka lahirlah produk terbaharu ini selepas beberapa tahun tidak muncul dalam kalangan khalayak.

"Sepanjang Covid-19, saya banyak habiskan masa bersama keluarga. Saya mengutamakan keluarga dalam segala hal. Pada saya, kejayaan jenama ini berdiri teguh walau pelbagai dugaan menimpa adalah berkat doa ahli keluarga lain," ungkapnya.

Mengimbau kembali detik awal jenama tersebut diperkenal pada pengguna, Furyna hanya menggunakan platform media sosial sebagai cara untuk mempromosikan produknya.

Baca ni ‘Me time dengan isteri, reset & tenangkan diri.’ Utamakan keluarga, Dr Say pilih keluar dari zon selesa

furyna

Ternyata percaturan tersebut mengena. Bukan sekadar dikenali di Malaysia, bahkan produk-produknya turut dipasarkan di luar negara termasuklah di Dubai, Indonesia, Thailand dan sebagainya.

"Awalnya, saya menjual secara dalam talian seperti Facebook kerana kekangan modal untuk pengiklanan. Alhamdulillah, rezeki daripada ALLAH SWT, produk saya mula dikenali ramai sehingga ke hari ini," jelasnya sambil mengakui suami merupakan tulang belakang kejayaan beliau.

Ditebak persoalan mengenai segelintir selebriti yang dahulunya menjadi duta, namun kini mengeluarkan produk sendiri, kata pemilik nama sebenar, Nur Furyna Mohd Azmi: "Itu rezeki masing-masing. Saya lagi suka apabila melihat orang lain turut meniti kejayaan.

"Tiada istilah dengki atau nak marah. Sekurang-kurangnya, itu memperlihatkan mereka melangkah setapak lagi membina kejayaan dalam hidup. Malah, saya juga memasang impian ingin membantu mereka yang ingin berjaya dalam dunia bisnes."

Baca lagi Anak Malaysia berjaya butik kafe di Kota London, Dr Norish Kareem bangga pilih nama sendiri sebagai jenama

furyna

JANGAN MALU DAN SEGAN

Diminta berkongsi nasihat buat wanita di luar sana yang ingin memajukan diri, kata wanita berusia 38 tahun itu, untuk berjaya tidak boleh malu atau segan.

Jika peluang terbentang di depan mata, jangan teragak-agak untuk mengambilnya.

Biarpun sibuk dengan urusan bisnes dan keluarga, namun isteri kesayangan Datuk Saiful Safwan itu tetap 'mencuri' masa melakukan aktiviti kegemarannya iaitu berkebun.

"Saya sukakan alam semula jadi. Sebab itu saya pilih untuk mengusahakan kebun durian. Walaupun masih baharu, namun sebulan dua kali saya dan suami akan ke kebun berkenaan yang terletak di Perak.

"Dalam usia yang kian meningkat, kita perlukan ketenangan. Apabila ke kebun, saya dapat menikmati keindahan tersebut. Memang enjoy sangat.

Furyna

Baca lagi Letak syarat selebriti perlu bertudung untuk promosi produk Zeeta, Zaiti Noordin anggap ia sebagai dakwah kecil

"Pada masa sama, saya tidak lupa untuk seimbangkan antara duniawi dan akhirat. Saya selalu berkata pada diri sendiri, kita kena ubah diri untuk tampil lebih baik setiap hari," ujar ibu kepada empat anak itu yang tetap akan terus aktif dalam bidang bisnes kerana itu adalah jiwa beliau.

Selain berkebun, memasak juga antara terapi buat dirinya.

"Saya suka menjamu orang makan baik keluarga mahupun sahabat. Malah, ada masanya saya turut mengundang Ayda Jebat dan suami untuk datang makan di rumah.

"Apabila melihat orang suka dan puas dengan masakan kita, hati pun gembira. Penat pun tak mengapa asalkan semua orang happy," katanya Furyna yang percaya berkongsi rezeki bukan akan memiskinkan seseorang, sebaliknya akan membuatkan rezeki semakin bertambah.

Sumber gambar: Instagram Datin Furyna

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca