KEBOLEHAN dan bakat dalam bidang seni tidak dimiliki semua orang. Ia adalah bakat yang cukup istimewa.

Berbicara mengenai bakat seni, insan yang memiliki bakat ini bukan calang-calang kerana berjaya menterjemah luahan emosi dan intelektual menerusi karyanya.

Seorang artis melukis satu karya dalam satu masa itu mungkin kedengaran biasa. Seorang pengguna laman sosial TikTok dikenali sebagai Saiful Thaqif melakukan sesuatu yang luar biasa apabila mampu menghasilkan empat potret dalam satu masa yang mana setiap satu dilukis kaki kiri, kaki kanan, tangan kiri dan tangan kanan.

Menggunakan medium kertas dan pen marker, Saiful menyiapkan karya dengan sempurna.

Potret yang dihasilkan merupakan wajah empat selebriti tempatan dan antarabangsa iaitu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sudirman.

Manakala dua lagi ialah potret wajah pemain bola sepak ternama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Turut menyebabkan ramai terkesima ialah keempat-empat potret tersebut dihasilkan tanpa lakaran awal.

Baca juga: Jual Lukisan RM1, Dua Beradik Buka Gerai Tepi Jalan Raih Pujian

Video time lapse berdurasi 38 saat itu meraih perhatian warga maya.

Rata-rata kagum dengan kebolehan dan bakat lelaki itu melukis menggunakan  kedua-dua belah tangan dan kaki sekali gus.

Iklan
@saiful_thaqif 4 stroke #saifulart ♬ original sound – SAIFUL THAQIF

“Ini namanya lukis pakai kaki, tapi…”

“Bakat hebat”

Terdahulu, seorang artis dari India yang boleh melukis secara spontan menggunakan kedua belah tangan dan mulut.

Iklan

Muhammad Russel, 22, menghasilkan tiga potret tiga orang pelakon India dalam masa tiga jam setengah dan kemudian menjadi viral di media sosial negara itu.

Muhammad Russel

Baca juga: Tidur beralas tikar di lantai hospital jaga isteri sakit, lukisan menyentuh hati raih perhatian warga maya 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok Saiful Thaqif,