SEJAK hampir sedekad lalu, Ramadan dan Syawal keluarga Annur Syakirah Mahazir disambut dengan penuh kesyukuran, tetapi dalam suasana kesuraman.

Ujar Annur Syakirah, sejak anaknya Muhammad Rayyan Mikael Mohd Yazid yang kini berusia sembilan tahun menderita penyakit paru-paru kronik dan masalah kelainan jantung sejak dari bayi segala-galanya telah berubah.

Kelainan jantung merujuk keadaan jantung terbalik, berlubang dan bengkak pada tiga bahagian.

Masalah kesihatan itu turut menyebabkan injap jantung Muhammad Rayyan atau Rayyan bocor dan saluran pernafasan menjadi sempit.

Ramadan Rayyan Mikael

Bukan itu sahaja, saluran darahnya juga terbalik, selain tumbesaran anak sulung daripada tiga beradik tersebut lebih lewat.

Dengan nada penuh syahdu, Annur Syakirah memberitahu SinarPlus, sejak menjadi pesakit paliatif, zuriat kesayangannya kini bergantung hidup dengan mesin bantuan pernafasan sepanjang hayat.

“Jika pergi ke sekolah tanpa alat, dia hanya mampu bertahan paling lama pun hanya lima jam saja sebelum bibir dia akan menjadi biru dan tercungap-cungap.

Ramadan Rayyan Mikael

“Memang Rayyan suka ke sekolah, tapi kadang-kadang keadaan dia membuatkan saya tidak pernah tenang. Nak bawa mesin ke sekolah, cikgu bimbang ada kerosakan sebab terdedah dengan kanak-kanak lain,” ceritanya yang menetap di Kampung Padang Gelanggang, Padang Terap Kanan, Kuala Nerang, Kedah.

Ujar beliau, kondisi Rayyan yang sukar dijangka membuatkan dirinya sentiasa bersiap siaga untuk menerima panggilan daripada pihak sekolah.

Baca juga Meya hanya mampu mengesot, anak penjual donut ini derita penyakit jarang jumpa di dunia

“Setiap hari, telefon tak pernah lekang dengan saya. Saya bimbang kalau-kalau pihak sekolah telefon minta ambil Rayyan. Pernah sekali cikgu telefon beritahu bibir anak sudah kebiru-biruan dan lemah. Memang bergegaslah ambil dia.

Ramadan Rayyan Mikael

“Sekarang ini, Rayyan tak dapat pergi sekolah sebab batuk-batuk. Bimbang juga kalau terkena jangkitan kuman sebab dulu dia kerap kena sampai berbulan-bulan di hospital,” kata beliau.

Saat ditanya detik mula bagaimana Rayyan dikesan menghidap penyakit kritikal tersebut, suri rumah itu seperti sukar untuk mahu bercerita, namun tetap menggagahkan diri jua.

Baca juga Adik Nurul Adlina menderita sakit tulang punggung, idam mahu motosikal elektrik untuk mudah bergerak

Ujarnya, beliau sendiri tidak menyangka kekerapan si kecil yang merengek sehingga bibirnya bertukar warna ketika masih bayi adalah simptom kepada penyakit jantung.

Ramadan Rayyan Mikael

“Pada mulanya, saya ingatkan Rayyan kena sawan menangis, tapi bila tengok dia macam tak cukup nafas, saya terus bawa ke Hospital Kuala Nerang, Terengganu. Masa itu, doktor terkejut melihat keadaan anak yang sudah kritikal akibat jangkitan kuman.

“Mahu tak mahu, Rayyan dikejarkan ke Hospital Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menggunakan ambulans. Masa itu, Rayyan terpaksa ditidurkan kerana sudah tenat,” ceritanya dengan nada sebak.

Terputus bekalan susu

Beritahu suri hati kepada Mohd Yazid Lazim itu lagi, selepas doktor pakar memaklumkan keadaan sebenar, air matanya tidak berhenti mengalir memikirkan kemungkinan mereka akan kehilangan Rayyan buat selama-lamanya.

Ramadan Rayyan Mikael

Namun, kuasa YANG MAHA ESA lebih daripada jangkauan manusia. Meskipun wayar berselirat pada seluruh badan dan nafas bergantung kepada mesin, keadaan Rayyan menunjukkan perubahan positif.

Satu operasi pembedahan pada saluran pernafasan sempit turut dijalankan ketika usia anak kecil tersebut memasuki tiga bulan. Selepas dipantau lebih setahun, barulah Rayyan dibenarkan pulang dari hospital.

Iklan

Baca juga Anak lumpuh, suami strok. Zawani dah tak fikir soal makan sedap ketika berbuka, kesihatan keluarga lebih utama

“Itu semua kenangan yang pahit untuk dikenang. Rayyan pun semakin besar, sudah boleh berjalan, bermain dan bersekolah walau terpaksa bergantung mesin seumur hidup.

Ramadan Rayyan Mikael

“Cuma ketika ini, kami mengalami masalah untuk menampung kos susu dan perubatannya yang mencecah RM1,500 sebulan. Suami saya pula hanya bekerja sebagai buruh kampung.

“Mata kiri suami juga buta selepas terlibat dalam satu kemalangan. Sekarang ini hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu, selain terpaksa berulang-alik bawa Rayyan ke hospital setiap dua bulan,” tuturnya.

Baca juga Hanya sedar kehadiran ibu jika tangan atau kaki sentuh. Penderitaan adik Mell bikin ramai tersentuh

Bukan mahu meminta-minta, namun Annur Syakirah memohon keprihatinan orang ramai agar dapat membantu menampung perbelanjaan Rayyan.

Ramadan Rayyan Mikael

“Bekalan susu khas kerap terputus kerana kami tak cukup duit memandangkan dua anak lagi masih kecil. Memang sedih memikirkan nasib Rayyan bila hal macam ini terjadi,” katanya.

Iklan

Beritahu Annur Syakirah lagi, kerumitan yang dialami membuatkan beliau tidak pernah terfikir langsung mahu menikmati makanan yang sedap-sedap ketika berbuka, apalagi untuk menghiasi kediaman rumah ketika raya nanti.

“Hati memang teringin nak belikan pakaian raya baharu, masak macam-macam dan bawa anak pergi jalan-jalan sekali-sekala, tapi nak buat macam mana, duit yang ada memang cukup-cukup untuk teruskan hidup,” katanya.

Ramadan Rayyan Mikael

Kepada orang ramai yang prihatin, sumbangan anda diperlukan untuk memberi sinar harapan kepada keluarga yang sangat memerlukan pertolongan.

Bantuan boleh disalurkan terus ke Bank Simpanan Nasional 0211341100006135 atas nama Annur Syakirah Binti Mahazir.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.