MERANCANG keluarga adalah cara membantu pasangan suami isteri menjarakkan kehamilan.

Ia penting bagi memastikan ibu dapat memulihkan kesihatan selepas bersalin manakala bayi mendapat perhatian secukupnya.

Bercakap mengenai merancang keluarga, kondom adalah antara alat cegah kehamilan kaedah halangan yang berkesan mencegah sehingga 97 peratus.

Ciptaan yang boleh digunakan untuk lelaki dan wanita iaitu Kondom Uniseks Wondaleaf adalah pertama seumpamanya di dunia.

Ia adalah hasil ciptaan pakar sakit puan warga Malaysia, Dr John Tang Ing Chinh.

Sumber foto: Wondaleaf.com

Kondom berkenaan boleh digunakan oleh wanita atau lelaki dan diperbuat daripada bahan gred perubatan.

“Ia pada asasnya kondom biasa dengan dilitupi pelekat.

“Kondom ini yang dilitupi pelekat yang melekat pada faraj atau zakar serta menutup kawasan berdekatan untuk perlindungan tambahan,” katanya yang bertugas di firma bekalan perubatan Twin Catalyst seperti dilaporkan Reuters.

Iklan

Pelekat berkenaan hanya terdapat pada satu bahagian kondom berkenaan, tambahnya, bermakna ia boleh diterbalikkan dan digunakan oleh lelaki atau wanita.

Kondom berkenaan menggunakan ‘polyurethane’ iaitu bahan yang digunakan dalam pembalut luka lutsinar yang nipis dan fleksibel namun kuat dan kalis air.

Dalam proses mencipta alat perancang keluarga tersebut, Tang melalui beberapa pusingan penyelidikan dan ujian klinikal dan dijangka bakal dipasarkan menerusi laman web firma itu Disember ini.

Iklan

Baca juga: Perut Ibu 30kg Ketika Hamil, Kembar 9 Pecah Rekod Dunia Bakal Pulang Ke Mali

Baca juga: Uniknya, 11 Anak Miliki Nama Empat Abjad, Hanya Guna Huruf A, E, L Dan X

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Reuters