TERDAHULU, tular di media sosial seorang individu yang digelar ‘Pakcik Shell’ dilaporkan turun padang bagi bertemu sendiri dengan pelajar yang dirakam memakai baju Shell ketika hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perbuatan Pakcik Shell itu sangat memberikan inspirasi kepada warganet. Namun, sebenarnya Pakcik Shell tersebut bukan biasa biasa punya Pakcik. Haha!

Beliau sebenarnya memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd. Kira senang cerita boss paling besar Shell lah.

Pakcik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani Husain sering menjadi perhatian warganet di media sosial.

Terbaharu menerusi sebuah posting perkongsian, Reza Zainal di laman Facebook yang memuat naik dua keping gambar memaparkan Pakcik Shell sedang membantu mengisi minyak pelanggan yang berkunjung ke sebuah cawangan stesen minyak tersebut.

“Guess who..? Bukan staff forecourt biasa. MD of Shell Malaysia Trading aka Pakcik Shell. Always an inspiration.

“When you talk to him, you know that he is something special. Malu tau tengok dia buat kerja kita duduk dalam office,” tulisnya.

Walaupun memegang jawatan tertinggi dalam sesebuah syarikat, perkara tersebut tidak menghalang ‘orang kuat’ pengurusan untuk turun padang bagi melakukan tugas seperti yang dilakukan rutin oleh kakitangan yang lain.

Iklan

‘Pakcik Shell’ curi tumpuan warganet sekali lagi ‘turun padang’

Pakcik Shell itu juga dilihat begitu mesra dan merendah diri sambil melayan orang di sekelilingnya tanpa mengira pangkat sekaligus disifatkan sangat memberi inspirasi kepada semua kakitangannya dan orang ramai.

Iklan

Jadi, apa ada pada pangkat? Hakikatnya kita semua sama. Jangan sombong dan jangan meninggi diri. Ramai lagi orang hebat di luar sana yang sentiasa merendah diri seperti contoh ‘Pakcik Shell’.

Terbaik Pakcik Shell!