SEBUT sahaja abaya, pasti ramai yang mengaitkan ia dengan wanita dari negara Timur Tengah.

Manakan tidaknya, busana potongan labuh diperincikan dengan batu-batu ini menjadi pilihan kaum Hawa di sana untuk digayakan sebagai persalinan luar.

Namun, sedikit demi sedikit pengaruhnya dibawa masuk ke negara ini. Selain potongannya yang ringkas dan mudah disarungkan, abaya juga sesuai untuk digayakan terutama kepada mereka yang gemar berfesyen namun masih mengekalkan konsep Muslimah.

Hasil kreativiti dan revolusi yang dilakukan terhadap busana itu, kini jubah atau abaya memiliki kelas tersendiri.

Baca ni Luar biasa & berani dalam berfesyen, Melinda Looi tetap pastikan suntikan elemen tradisi dalam busana urban

abaya

Tetap memberi fokus kepada tema santai, kepelbagaian corak dan rekaan terhasil baik yang berbutang, berzip atau diperincikan dengan manik indah atau renda.

Kini dengan sentuhan moden namun masih menitikberatkan kepentingan menutup aurat, busana itu kian menjadi pilihan ramai.

Bertitik tolak daripada itu, lahirlah Bi. Albak, sebuah jenama tempatan hasil sentuhan Najihah Mohd Shahrudin.

Menurut wanita muda berusia 23 tahun itu, abaya adalah persalinan tepat untuk beliau mewarnai dunia fesyen tanah air.

Berkonsepkan universal

Ditanya tidakkah bimbang dengan persaingan yang sedia ada, ditambah pula kemasukan busana yang sama dari negara luar dengan pelbagai corak dan rekaan menarik, ini jawapan tuan punya badan.

Baca juga Gabung fesyen moden dan elemen Jawa bukti kecintaan Aisha Retno pada warisan sendiri

abaya 1
Akui Najihah, abaya itu boleh digayakan bukan sahaja kepada wanita Muslim, bahkan semua kaum termasuklah netizen bukan Islam iaitu Cina, India dan lain-lain.

“Memang melambak abaya di pasaran, namun kebanyakannya begitu menyerlah dengan batuan, manik dan renda yang sangat eksklusif.

“Berbeza dengan Bi. Albak yang berkonsepkan universal dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur,” jelas ibu kepada dua cahaya mata itu.

Malah kata Najihah, abaya yang dihasilkan bercirikan keselesaan, ringkas dan boleh disuai padan dengan busana lain.

Pemilihan rona buat masa sekarang katanya lebih fokus kepada warna-warna tanah. Sementara untuk corak pula polos dengan pemilihan material jenis nidha fabrik.

“Fabrik itu tidak panas dan sesuai dengan cuaca di negara ini. Design saya merupakan minimalis kerana sekarang minimalis adalah trend terbaru.

“Manik-manik pada tangan adalah satu design supaya busana itu nampak lebih menarik dan mahal,” ujar beliau lagi.

Merancang untuk mengetengahkan lagi persalinan Muslimah tersebut, Najihah turut memberitahu, busana itu boleh digayakan bukan sahaja kepada wanita Muslim, bahkan semua kaum termasuklah netizen bukan Islam iaitu Cina, India dan lain-lain.

Baca lagi ‘Jangan terlalu paksa tubuh bekerja.’ Pereka fesyen & ikon fesyen Muslimah terkenal Dian Pelangi kongsi tip diet, bantu turun 12kg!

Bagi menarik minat bangsa lain untuk menggayakan busana tersebut, inner baju direka agar sesuai untuk dipadankan dengan kemeja, blaus atau blazer untuk imej yang lebih moden.

Iklan

“Jika abaya di pasaran kebanyakannya sehelai sahaja. Berbeza busana yang saya tampilkan ini hadir dengan jubah luar, baju tanpa lengan dan juga selendang.

“Justeru, anda bebas suaipadankan mengikut kreativiti sendiri,” ujarnya yang bakal mengeluarkan koleksi Ramadan dan Syawal tidak lama lagi.

Lebih menarik lagi, ia juga boleh digayakan oleh ibu menyusu dan wanita hamil.

“Saya seorang ibu dan mempunyai anak kecil. Disebabkan itu, saya tampilkan rekaan jenis bersilang dan berbutang bagi memudahkan penyusuan bayi.

“Bukan itu sahaja, bakal ibu yang sarat mengandung juga masih boleh menggayakan busana ini,” jelasnya.

Baca juga ‘Suami pendorong, bimbing & lorongkan jalan…’. Julia Farhana tampil berhijab sepenuhnya, jadikan Bella Dally idola berfesyen!

Menyentuh mengenai harga pula, beliau mengakui ia cukup berbaloi yang mana satu set bernilai RM310.

Iklan

“Setakat ini, kami menawarkan harga yang berpatutan dan untuk saiz pula bermula daripada S hingga 2XL,” katanya yang turut mereka sendiri setiap satu busana itu.

Sebelum mengakhiri perbualan, penulis sempat bertanyakan simbolik di sebalik pemilihan nama Bi. Albak, ini jawapan wanita tinggi lampai itu.

“Ia membawa maksud dalam hati awak. Itu sebab tagline saya ‘modest by heart’.

“Saya mahu tonjolkan, bila menyarungkan busana ini, anda akan nampak lebih elegan, classy dan modest,” ungkapnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang