BAGI mana-mana wanita yang bergelar ibu, pasti tidak sanggup melihat penderitaan anaknya terutama jika si kecil kesayangan disahkan menghidap kanser.

Ditambah pula dengan kekurangan pengetahuan berkenaan penyakit tersebut, sesiapa sahaja pasti terkejut, bimbang dan takut kehilangan zuriatnya.

Demikian juga dengan ibu kepada seorang kanak-kanak yang menghidap leukemia, Lavaniyah Ganapathy.

Dalam satu perkongsian, beliau memberitahu pada awalnya sukar menerima berita tersebut.

Mengimbas semula situasi sebelum anaknya disahkan kanser, anak perempuannya, Mahiyaa Bala Jeganath merupakan seorang kanak-kanak yang ceria dan lincah.

 

Pun begitu, tingkah lakunya kanak-kanak itu tiba-tiba berubah pada Mei 2021 iaitu ketika negara dikenakan Perintah Larangan Pergerakan.

“Anak saya kelihatan letih dan tidak teruja apabila diberikan dengan aktiviti kegemarannya.

“Pada awalnya saya menyangka dia penat kerana mengikuti kelas online kerana mengadu pedih mata apabila menghadap skrin komputer,” katanya semasa berkongsi pengalaman sempena acara Closing the Care Gap – A person-Centred Cancer Journey di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) baru-baru ini.

Pun begitu, keadaan menjadi semakin buruk apabila anak sulung daripada tiga beradik itu turut menunjukkan beberapa gejala lain dalam masa hanya beberapa hari.

“Mulutnya mengalami lepuhan dan berdarah dengan banyak.
“Mahiyaa kemudiannya mengalami demam dengan suhu yang tinggi,” turutnya.

Susulan itu, Lavaniyah segera membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Selepas beberapa siri ujian darah, Mahiyaa didapati positif kromosom Philadelphia dan disahkan menghidap Acute Lymboblastic Leukemia pada usia 6 tahun.

Mengakui sedih dengan berita tersebut, wanita berusia 38 tahun itu bagaimanapun tidak menyerah.

Beliau sebaliknya melakukan banyak pembacaan supaya dapat memberi kekuatan kepada anak kesayangannya.

Walaupun dicadangkan untuk menjalani rawatan alternatif, beliau lebih percaya dengan perubatan hospital.

“Statistik yang menunjukkan kejayaan rawatan di hospital membuatkan saya lebih memilih rawatan di sini berbanding kaedah tradisional,” katanya yang telah mengasaskan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Children Cancer Association Malaysia.

Baca juga: Cabaran jururawat kawalan infeksi, Noor Azreen pastikan frontliners lengkap sebelum berjuang   

Iklan

Ketika ditanya adakah terdapat dalam ahli keluarganya yang pernah menghidap kanser, wanita itu segera menafikannya.

“Tiada bukti yang menyatakan ia berkait dengan gaya hidup atau keturunan.

“Ia sebaliknya berlaku akibat gangguan genetik,” katanya yang merupakan pejuang kanser kanak-kanak dan banyak menghasilkan video kesedaran di laman TikTok.

Baca juga: Hilang sebelah kaki akibat kanser, miliki anak autisme & ADHD, Zeeda buktikan tetap mampu berjaya!

Baca juga: Sempat tunai hajat anak, wartawan kritikal di London meninggal dunia, sel kanser merebak seluruh badan

Iklan

Beliau menubuhkan NGO tersebut bagi memberi sokongan dan pendedahan kepada mereka yang mempunyai anak penghidap kanser.

Tambah beliau, Mahiyaa telah melalui beberapa proses rawatan dan dengan perkembangan teknologi terkini yang ditawarkan, anak kesayangannya itu kini berada pada fasa remission dan masih menjalani rawatan susulan di SJMC.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!