SEMENJAK berita projek kolaboratif Lady Gaga dan Blackpink menerusi lagu Sour Candy diumumkan, ternyata ramai peminat kedua-kedua ikon popular itu tidak sabar menantikan ia dilancarkan.

Difahamkan lagu yang dimuatkan dalam album Lady Gaga berjudul Chomatica itu sepatutnya dilancarkan pada 10 April lalu, namun terpaksa ditunda akibat penularan pandemik Covid-19.

Iklan

Terbaru, pihak pengurusan penyanyi terbabit mengumumkan album tersebut bakal dilancarkan pada 29 Mei depan sekali gus menamatkan penantian peminat mereka.

Iklan