PASTINYA, siapa yang tidak mahu memiliki rambut lebat kan?

Masakan tidak, jika memiliki rambut yang sihat dan lebat akan memudahkan untuk digayakan untuk meggayakan rambut yang kita inginkan.

Bagi mereka yang memiliki rambut jarang dan kerap gugur serta tidak lagi lebat, stail rambut yang boleh digayakan adalah sangat terhad.

Bagi kaum Adam, mungkin masalah itu boleh ‘diatasi’ dengan membotakkan kepala, namun bagaimana pula dengan wanita?

Jadi, pada hari ini, SinarPlus ingin mencadangkan beberapa kaedah agar mereka memiliki rambut yang lebat dan sihat semula.

Berikut antara bahan-bahan yang boleh digunakan:

i) Kacang hijau.

Caranya:

1. Ambil kacang hijau dan rendam sepanjang malam.
2. Kemudian tapiskan kacang hijau tadi dan ambil air daripada kacang hijau tersebut.
3. Air kacang hijau itu kemudian disapu ke kulit kepala dan picit kulit kepala anda pelahan-lahan sebelum dibilas.

ii) Daun pandan.

Caranya:

1. Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkan dengan sedikit air dan perah.
2. Ambil santan dan campurkan dengan ekstrak daun pandan tadi dan kacau sehingga rata.
3. Biarkan setengah hari dan anda boleh ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut.
4. Biarkan untuk selama lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum dibilas dengan air.

iii) Minyak kelapa hijau.

Caranya:

1. Gunakan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut.
2. Biarkan semalaman sebelum bilas dengan air bersih. Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.

iv) Daun lidah buaya.

Iklan

Caranya:

1. Gunakan lidah buaya dan daun bunya raya yang telah ditumbuk sehingga hancur.
2. Kemudian sapukan dan perap bahan-bahan tadi pada rambut anda dan biarkan selama lebih kurang sejam sebelum bilas dengan air.
3. Dicadangkan lakukannya sebanyak tiga atau empat kali dalam seminggu.

v) Nanas.

Caranya:

1. Ambil buah nanas dan kisarkan sehingga menjadi seperti jus dan biarkan selama sehari.
2. Selepas itu, sapukan jus nanas tadi pada kepala dan biarkan selama lebih kurang setengah jam.
3. Sila lakukan antara tiga hingga empat kali seminggu dan lihat perubahannya.

Iklan

Pun demikian aspek penjagaan rambut juga perlu dititikberatkan.

Apa yang perlu dilakukan?

Mudah sahaja, lembap atau basahkan rambut dan jangan biarkan rambut anda kering untuk jangka masa yang lama.

Baca juga: Nak lambat tua, awet muda, amalkan 5 jenis makanan ini

Ketahuilah bahawa kelembapan pada rambut memberi kesegaran pada kulit kepala dan membuatkan rambut kita lebih sihat.

Sumber: Telegram Petua Dan Kesihatan