SITUASI menopaus sering dikaitkan dengan golongan wanita lewat usia. Keadaan itu terjadi apabila proses menstruasi berakhir secara semula jadi.

Namun, jangan tidak percaya perkara tersebut boleh juga berlaku ke atas kaum Hawa yang masih belum mencapai usia 40 tahun.

Biarpun setiap wanita akan berdepan dengan kejadian serupa, tetapi tanda-tanda menopaus berbeza bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing.

 

Baca juga: Sudah meniti usia separuh abad ini makanan yang sesuai untuk dimakan dan perlu dielakkan sama sekali

Baca juga: Perut anda semakin membuncit sejak kebelakangan ini ini 6 cara efektif atasinya segera

 

Berdasarkan info alodokter.com, wanita berkemungkinan akan berdepan dengan menopaus apabila tidak datang haid selama 12 bulan berturut-turut, sedangkan sebelum ini segalanya dalam keadaan teratur dan normal.

Prihatin dengan perubahan diri sebelum berdepan menopaus.

Sedikit fakta ringkas. Menopaus berlaku ketika ovarium berhenti menghasilkan sel telur dalam badan.

Hal itu mengakibatkan wanita berdepan dengan kemungkinan tidak berpeluang untuk hamil.

Meskipun tidak mempamerkan sebarang perubahan ketara kecuali proses kitaran haid terhenti, terdapat beberapa tanda yang boleh diberi perhatian.

Secara am, proses pramenopaus kebiasaannya akan berlaku selama empat tahun atau lebih.

Selain menstruasi tidak teratur, beberapa tanda seperti sukar untuk menahan kencing dan sering berasa panas pada bahagian wajah dan leher.

Mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam serta keinginan untuk melakukan hubungan intim menurun juga antara petanda.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil sebagai persediaan berdepan dengan proses menopaus berdasarkan informasi yang dikongsi oleh klikdoktor.com.

1. Buang rasa takut

Apabila semakin menghampiri usia 40 tahun, golongan wanita digalakkan untuk mengambil tahu perihal menopaus sebagai persediaan mental dan emosi.

Jangan membiarkan diri ‘dihantui’ dengan tanggapan yang buruk atau negatif.

Ambil positif tentang perkara ini kerana setiap wanita pasti akan menghadapinya. Justeru, tiada seorang wanita pun yang akan terlepas daripada mengalami menopaus.

2. Belajar fahami emosi

Perubahan hormon dan emosi antara perkara yang perlu dilalui saat menghampir menopaus. Disebabkan itu wanita akan menjadi lebih sensitif atau mudah tersentuh terhadap sesuatu perkara.

Bukan sahaja rasa kesedihan yang melampau, tetapi kadangkala perasaan marah juga mampu berlaku secara tiba-tiba, meskipun hanya disebabkan hal remeh.

Iklan

Disebabkan itu, sokongan keluarga terutama suami dan anak-anak amat membantu.

Bukan sahaja menyeimbangkan kestabilan emosi, tetapi ia turut membantu menyihatkan mental dan memberi semangat untuk meneruskan kehidupan.

3. Beri masa untuk diri sendiri

Setelah sekian lama memberikan sepenuh tumpuan kepada keluarga menguruskan suami dan anak-anaknya, kini sudah tiba masanya untuk menjaga diri sendiri.

Bukan bermaksud mengabaikan orang lain, tetapi jadikan detik ini sebagai waktu anda lebih mengutamakan penjagaan kesihatan diri.

Amalkan pemeriksaan kesihatan dengan kerap termasuk mengamalkan pemakanan seimbang.

4. Kongsi perasaan

Iklan

Setiap daripada kita tidak dapat lari daripada masalah. Selain berdepan dengan situasi itu sendiri, luahkan perasaan kepada orang lain sedikit sebanyak dapat membantu.

Biarpun tidak menyelesaikannya, namun siapa tahu dalam pada komunikasi itu akan memberi inspirasi atau idea.

Pada masa sama, ia turut dapat meringankan beban emosi yang ditanggung. Jangan biarkan diri terus berada dalam keadaan tertekan.

Kesimpulannya, penjagaan kesihatan penting untuk dijaga dari awal usia.
Pemakanan, pengambilan makanan tambahan atau vitamin dan menjalani aktiviti sihat turut dapat membantu kita untuk mendapatkan tahap kesihatan yang maksimum.

Di samping itu, pengambilan kolagen, kalsium termasuk elakkan pengambilan makanan manis serta berlemak secara tidak langsung membantu kestabilan fizikal dan mental.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram