KETIKA bulan Ramadan, kita suka membeli makanan untuk berbuka di bazar.

Peniaga lazimnya akan gunakan bekas daripada polistirena atau styrofoam untuk membungkus juadah tersebut.

Menurut pakar otak dan kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar, pembungkus makanan tersebut mengandungi bahan bernama styrene.

“Bila nasi goreng panas panas dimasukkan. Wap panas mengeluarkan styrene daripada bekas.

“Yang suka gigit bibir cawan pun sama. Boleh sebabkan styrene bocor keluar,” katanya menerusi satu entri di Facebook baru-baru ini.

Jelas pakar tersebut, styrene ni bahan kimia yang boleh mengganggu hormon estrogen.

“Bila estrogen terganggu macam-macam impak jadi pada tubuh.

“Styrene juga ganggu kitaran menses bulanan. Menses jadi tak teratur. Ada panjang. Ada pendek,” ujarya.

Tambah Dr Rizal, styrene juga dikaitkan dengan risiko kanser prostat dan kanser payudara.

 

Baca juga: Legakan batuk guna 2 bahan mudah, petua dikongsi Dr Rizal

Baca juga: Mudah panaskan makanan hanya guna microwave tapi bahaya tak? Ini penjelasan ahli kimia

Bukan itu sahaja, beliau turut memberitahu seseorang juga berisiko mengalami hearing loss (hilang pendengaran) dan impaired memory (ingatan terjejas).

Justeru, pakar berkenaan menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila tapau makanan.

“Kalau kedai makan tu guna syrofoam jenis macam ni, tak payah belilah dari situ.

Iklan

“Ini ikhtiar. Selamatkan diri,” katanya.

Baca juga: 10 makanan tak patut simpan dalam peti sejuk tapi ramai yang buat

Bagaimana pula jika makanan di kedai tersebut situ sedap? Ini saranan Dr Rizal.

“Ada cara lain. Bawa bekal diperbuat daripada stainless steel, glass atau wooden. Macam bento box tu.

Iklan

“Nak beli, cakap kat penjual tu suruh letak dalam bekas kita bawa sendiri,” jelas beliau.

Melalui tindakan tersebut, kita akan terselamat daripada toksid styrene.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!