'Macam ada berlian dalam mulut.' Erra Fazira bangga Aleesya jadi penulis buku, tapi perlu fokus kerjaya utama
PRIMADONA filem Melayu, Erra Fazira, berbangga dengan pencapaian anaknya yang berjaya menulis sebuah buku kanak-kanak berjudul The Adventure of Fatimah Az Zahra baru-baru ini.
Malah pengacara Borak Bibir Merah SinarPlus itu tiada halangan untuk anaknya, Engku Aleesya Engku Emran, 16, menceburi bidang penulisan dan penerbitan buku.
Menyokong minat Aleesya, Erra pada masa yang sama mahu memastikan masa hadapan anaknya itu stabil dan serba boleh.
Pemilik nama Fazira Wan Chek, 51, tiada sebarang sekatan untuk Aleesya menerokai kerjaya yang diminati dan lebih suka penulisan itu dijadikan pendapatan tambahan.
"Saya sebenarnya tiada halangan untuk Aleesya menjadi penulis tetapi galakkan dia untuk jadikan bidang ini sebagai punca pendapatan sampingan.
"Kalau boleh saya mahu dia belajar lagi dan terokai bidang lain-lain juga. Kalau dia mahu jadi veterinar, pakar psikologi atau terbabit dalam bidang hiburan sekali pun, dia boleh jadikan penulisan ini sebagai sampingan," ujarnya.
- RM1,000! Anak raih markah 100 dalam 10 subjek tuntut janji, Fazreen Rafi akui ‘terlajak kata melayang duit’
- Aleesya terbit buku pertama, Erra & Engku Emran luah rasa syukur, 11 tahun ketepi perbezaan demi cahaya mata
- 'Dia memang fighter!' - Engku Emran dedah Aleesya lawan denggi demi tamatkan IGCSE, kuat semangat!
- Erra Fazira jawab isu kahwin dengan Mr E: ‘Kalau keluarga setuju, kita 'jalan’'
- Engku Emran terharu Aleesya terpilih pelajar cemerlang IGCSE, tamat sekolah menengah - ‘Bila nampak nama kau di sebelah...’
- 'Tahniah 7A anak ayah!' 11 tahun teman ulang kaji & kelas tambahan, Aleesya cemerlang IGCSE hadiah terindah buat Engku Emran
#engkualeesya #errafazira #engkuemran #perceraian #anak #inspirasi #sinarplus #lifestylesinarharian
Muzik: Acreage Soft Sound (SoundStripe)">
Malah Erra menggalakkan Aleesya menceburi bidang pengacaraan dan berseloroh tentang sifat pemalu puteri tunggalnya itu.
"Kalau dia minat hiburan saya lebih galakkan dia untuk menjadi pengacara.
"Cuma, sekarang ini macam ada ‘berlian’ dalam mulut dia, introvert dan pemalu. Jika dia minat menyanyi saya hantar ke kelas vokal untuk persediaan diri," kongsinya.
Memetik OhBulan, Erra yang ditemui pada majlis pelancaran Buku Kanak-Kanak Pertama Little Nina and The Adventure of Fatimah Az Zahra oleh Engku Aleesya Engku Emran memberi sokongan emosi terhadap Aleesya dan mengiktiraf bakat anaknya sebagai sesuatu yang istimewa.
Pelakon Cinta Kolesterol itu melihat penulisan sebagai wadah yang sihat untuk Aleesya meluahkan dirinya yang pemalu.
"Saya bukan mahu memuji anak tetapi saya kagum dengan ideanya yang saya sifatkan di luar kotak dalam penulisan.
"Sejak kecil dia sudah tunjukkan bakat menulis.
"Sebagai seorang yang pemalu, segala perasaan dicurahkan menerusi penulisan, macam saya dulu sebelum adanya gajet.
"Saya suka menulis dan membaca, bahkan karangan saya dahulu sering menjadi contoh kepada rakan sekelas.

Dalam pada itu, bapa Aleesya iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin turut memberi galakkan agar puteri kesayangannya menulis buku dalam bahasa Inggeris yang mudah difahami oleh kanak-kanak.
"Waktu dia menulis buku ini, dia baru berusia 14 tahun dan ketika itu tidak sesuai lagi untuk dia menulis kisah cinta remaja.
"Saya mahu dia menulis buku yang mampu memberi inspirasi kepada golongan kanak-kanak.
"Saya tak mahu letak sasaran tinggi untuk dia, cukup untuk dia menulis buku yang mudah difahami walaupun dia sendiri membaca buku-buku untuk pembaca dewasa," kongsinya.
Terdahulu, SinarPlus berkongsi hantaran Erra memperkenalkan karya anaknya.
Engku Emran pula mendedahkan dia dan Erra mengetepikan perbezaan dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menjadi ibu bapa yang Aleesya.
Ogos lalu, Aleesya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Aleesya skor gred A+ dalam subjek First English Language, Matematik, Fizik dan A bagi subjek Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi dan terpilih sebagai high achiever.
Beauty with brain, Aleesya dijadualkan akan melanjutkan pengajian ke peringkat A-Level.
Sekadar info, Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan kemudiannya membawa haluan masing-masing selepas bercerai pada Februari 2014.
Sumber: OhBulan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

