Raih tempat keempat sukan Olimpik, Aniq Kasdan warisi kekuatan atuk. 'Datuk angkat balak, cucu angkat berat'

No Image Caption
A
A
A

ATLET angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan menjadi perhatian ramai pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Pencapaian memberangsangkan atlet yang dijuluki panggilan 'Badang' itu benar-benar menyentuh hati ramai apabila hanya satu kilogram memisahkan beliau dengan pingat gangsa dalam acara angkat berat 61 kilogram (kg).

No Image Caption

Apatah lagi apabila beliau memperbaharui rekod kebangsaan 129kg milik Muhamad Aznil Bidin pada percubaan terakhir.

Biarpun tidak berjaya merintis jalan ke podium, anak kelahiran Johor itu menerima pelbagai kata-kata pujian dan reaksi positif warga maya.

No Image Caption

Tular sebuah videodi laman sosial X yang memaparkan pendedahan latar belakang atlet berusia 22 tahun itu.

Artikel Berkaitan:

Menerusi rakaman berkenaan, Aniq berkongsi mewarisi darah keturunan Jawa dan kekuatan fizikal yang diwarisi daripada datuknya.

Katanya, penduduk kampung juga pernah bercerita mengenai arwah datuknya yang dikatakan berupaya mengangkat balak seorang diri.

Aniq juga dikatakan satu-satunya cucu yang mewarisi kekuatan luar biasa datuknya itu biarpun mereka tidak pernah bersua.

"Orang kampung ini ramai orang-orang lama. Jadi bila saya main sukan angkat berat ni, mereka ni panggil saya dan cakap saya ikut arwah datuk.

"Mereka beritahu ilmu datuk ni turun kepada saya. Tapi saya tanya sebab apa, mereka kata dulu datuk saya pun memang kuat angkat kayu balak seorang diri. Itu apa yang saya dengar sendiri lah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menamakan pemuda itu sebagai ikon baharu sukan Malaysia.

No Image Caption

"Aniq Kasdan ikon baharu sukan Malaysia. Beliau hampir menang pingat gangsa di Paris selepas memecahkan rekod kebangsaan dengan jumlah angkatan 297kg.

"Walaupun baru sahaja dimasukkan ke dalam program Road To Gold pada bulan November lalu, beliau sudah menunjukkan peningkatan yang amat ketara, daripada ranking ke-10 kepada top four pada Sukan Olimpik Paris.

"Beliau telah menunjukkan bahawa sukan angkat berat mempunyai potensi raih pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 nanti," kata Hannah di Facebook.

No Image Caption

Terdahulu, dalam acara angkat berat 61kg, Li Fabin dari China mempertahankan pingat emas dengan jumlah angkatan 310kg (143kg OR, 167kg)) manakala perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Theerapong Silachai dari Thailand dengan muatan 303kg (132kg, 171kg) dan wakil Amerika Syarikat Hampton Morris dengan angkatan 298kg (126kg, 172kg).

Untuk rekod, Aniq bukan calang-calang kerana memiliki permulaan yang cemerlang.

Beliau juga merupakan atlet angkat berat Malaysia pertama memenangi pingat dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia pada Disember 2023 di Qatar.

Tidak hanya itu, beliau juga adalah pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan Komanwel Tashkent 2021.

Sumber: X Astro Arena

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang