Isteri Aril Pilus derita ketumbuhan fibroid, ini antara gejala yang perlu wanita tahu

A
A
A

PENYANYI dan pengacara Aril Pilus baru-baru ini memaklumkan isterinya mengalami pendarahan teruk selepas bersalin akibat ketumbuhan fibroid.

Situasi itu menyebabkan Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim atau dikenali sebagai histerektomi.

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus turut memberitahu, Puteri Edlinda mempunyai tiga ketulan fibroid.

Salah satunya tumbuh pada bahagian rahim sehingga mengganggu pengecutan rahim selepas proses bersalin.

Aril menerusi temu ramah dengan portal hiburan tempatan turut memaklumkan isterinya sebelum ini pernah menjalani pembedahan berkaitan fibroid sebanyak dua kali.

Baca juga: Ada 3 fibroid, 1 paling mengganggu pengecutan rahim, Aril Pilus syukur isteri sedar daripada ditidurkan

SUMBER Jonathan Borba daripada PEXELS.

Menurut Mayo Clinic, fibroid merupakan ketumbuhan biasa pada rahim dan bukan sejenis kanser.

Ia juga tidak meningkatkan risiko seseorang menghidap kanser berkaitan uterus.

“Fibroid berbeza dari segi bilangan dan saiz.

“Seseorang pesakit boleh mempunyai fibroid tunggal atau lebih daripada satu,” kata sumber itu.

 

Sebahagian ketumbuhan tersebut memiliki saiz yang sangat kecil untuk dilihat.

Pun begitu, ada juga yang boleh menjadi sangat besar sehingga membuatkan penghidapnya kelihatan seperti mengandung.

Baca juga: Aril Pilus timang anak kedua, mohon doakan isteri lalui proses pembuangan fibroid & rahim

Baca juga: ‘After 8 years waiting…’, Aril Pilus terkedu & sebak isteri buat surprise hamil anak kedua

SUMBER Amina Filkins daripada PEXELS.

Ujar Mayo Clinic lagi, ramai wanita yang tidak tahu mereka mempunyai ketumbuhan tersebut kerana ia lazimnya tidak menunjukkan sebarang gejala.

Pakar kesihatan mungkin menemui fibroid semasa pemeriksaan pelvis atau ultrasound kehamilan.

Berikut adalah beberapa gejala fibroid yang biasanya dialami pesakit:

1. Pendarahan haid yang banyak atau haid yang menyakitkan.

2. Tempoh haid yang lebih lama atau lebih kerap.

3. Sakit pada bahagian pelvis.

4. Kerap buang air kecil atau susah buang air kecil.

5. Perut yang semakin membesar.

6. Sembelit.

7. Sakit pada bahagian perut atau bahagian bawah belakang.

8. Sakit semasa hubungan seks.

Secara asasnya, terdapat tiga jenis fibroid iaitu:

1. Fibroid intraural: Tumbuh di dalam dinding otot rahim.

2. Fibroid submucosal: Terjadi pada kawasan terbuka dalam rahim.

3. Fibroid subserosal: Terbentuk dan tumbuh di bahagian luar rahim.

Sementara itu, Cleveland Clinic memberitahu, punca sebenar ketumbuhan tersebut tidak diketahui.

Pakar bagaimanapun percaya ia berkait rapat dengan hormon estrogen dan progesteron.

Katanya, kebanyakan fibroid berlaku pada individu dalam usia reproduktif.

“Kajian menunjukkan bahawa fibroid cenderung berkembang apabila tahap hormon lebih tinggi seperti semasa mengandung.

“Ia akan mengecut apabila tahap hormon rendah seperti semasa peralihan kepada menopaus,” jelasnya.

SUMBER Mart Production daripada PEXELS.

Cleveland Clinic turut menyatakan beberapa faktor risiko yang menyebabkan seseorang mendapat fibroid. Antaranya:

1. Sejarah keluarga.

2. Tidak mempunyai anak.

3. Mengalami haid pada usia muda.

4. Menopaus pada usia lewat.

2 JENIS RAWATAN

Berkenaan dengan rawatan, SinarPlus telah merujuk Hello Doktor.

Kata Hello Doktor, kondisi fibroid menjadi serius apabila ia menyebabkan pendarahan berlebihan, ketidakselesaan, kesakitan atau masalah berkaitan pundi kencing.

Katanya, terdapat dua jenis pilihan rawatan fibroid yang meliputi aspek perubatan dan pembedahan.

Bagi wanita yang mengalami pendarahan teruk, berikut adalah beberapa ubat yang dicadangkan. Antaranya:

1. Asid tranexamic atau mefenamic.

2. Kontraseptif hormon.

3. GnRH analogues (Zolidex).

4. Selective progesterone receptor modulators (Ulipristal/Esmya).

SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

Buat masa ini, ubat-ubatan hanya dapat membaik pulih simptom dialami pesakit.

Pembedahan pula adalah langkah untuk mengeluarkan ketumbuhan yang sangat besar atau semakin berkembang.

Pilihan rawatan pembedahan adalah seperti berikut:

1. Hysteroscopy and rescervical resection of fibroid: Prosedur untuk membuang fibroid yang terbentuk pada bahagian dalam rahim menggunakan alatan yang disebut sebagai hysteroscope.

2.Myomectomy: Pembedahan pembuangan fibroid tanpa perlu menyingkirkan rahim.

3.Uterine artery embolization: Rawatan alternatif untuk pembedahan terbuka fibroid yang menyekat aliran darah ke fibroid. Prosedur ini akan menyebabkan ketumbuhan tersebut mengecut dan mati.

4.Histerektomi: Pembedahan pembuangan rahim yang menamatkan kemampuan seseorang untuk hamil dan melahirkan anak.

Baca juga: Wanita terpaksa buang rahim akibat ketumbuhan fibroid. Berikut fakta yang perlu kaum Hawa tahu

SUMBER Pavel Danilyuk daripada PEXELS.

Fibroid sebenarnya tidak bahaya, namun jika tidak dirawat simptom akan menjadi teruk.

Sekiranya anda mengalami sebarang gejala, SinarPlus cadangkan supaya segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera.

Selain itu, kurangkan risiko fibroid dengan mengubah cara hidup melalui amalan pemakanan sihat dan bersenam secara kerap.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca