Asyraf Wajdi akan panggil Rita Rudaini, Muafakat MRSM. 'Jernihkan keadaan tidak sihat'
ISU berkaitan tindakan undang-undang oleh dua ahli akademik yang juga Yang Dipertua MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor dan timbalannya ke atas pelakon Rita Rudaini meraih perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Dalam hantaran di laman sosial Facebook, Asyraf Wajdi memaklumkan terdorong melibatkan diri kerana masalah itu boleh menjadi contoh yang buruk kepada para pelajar.
"Peringkat awal saya tidak mahu campur isu perbalahan antara ibu bapa pelajar MRSM, namun atas rasa tanggungjawab saya akan panggil kedua-dua pihak bagi menjernihkan keadaan tidak sihat, bahkan tauladan yang tidak baik buat pelajar," kongsinya.

Terdahulu, Mohd Roslan Mohd Nor selaku plaintif pertama dan Saidah Haris @ Harith selaku plaintif kedua memfailkan saman itu terhadap defendan, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates yang diwakili Datuk Adnan Seman pada 6 Disember lalu selepas notis tuntutan RM1 juta tidak dipatuhi.
Kedua-dua plaintif turut mendakwa defendan memuat naik kenyataan tanpa semakan serta mempunyai kesan reputasi yang besar susulan jumlah pengikut defendan yang ramai.
Kes tersebut dibawa ke peringkat mahkamah selepas defendan gagal memadam semua pernyataan berbaur fitnah, aku janji tidak menerbitkan pernyataan fitnah, permohonan maaf dan ganti rugi am sebanyak RM1 juta yang diminta plaintif dalam satu notis tuntutan bertarikh 15 Oktober lalu.
Difahamkan, kedua-dua plaintif yang merupakan tokoh pendidikan dan akademik mempunyai anak yang sedang mengikuti pengajian di maktab terbabit.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
