Bekas pengetua nafi terlibat tragedi Zara Qairina. 'Perkara ini menyedihkan saya sebagai ibu dan pendidik'

No Image Caption
A
A
A

"SAYA terpanggil untuk memberikan penjelasan berhubung fitnah dan kekeliruan yang sedang tular di media sosial membabitkan nama saya dalam insiden menyayat hati membabitkan Allahyarham adik Zara Qairina."

Demikian perkongsian bekas pengetua, Datin Rosnih Nasir tampil menafikan sebarang pembabitan beliau dalam insiden tragis yang meragut nyawa seorang pelajar sekolah itu.

Beliau menyatakan pendiriannya susulan spekulasi yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, yang mengaitkan namanya dengan kejadian menyayat hati tersebut.

Menurutnya, dakwaan berkenaan bukan sahaja tidak berasas, malah menjejaskan reputasi serta kesejahteraan dirinya dan keluarga.

No Image Caption

Bekas pengetua itu tampil menafikan sebarang pembabitan dalam tragedi yang mengorbankan seorang pelajar sekolah itu Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Rosnih menjelaskan yang dirinya sudah bersara dan tidak lagi terbabit dalam sebarang urusan pentadbiran sekolah ketika insiden itu berlaku.

Selain menegaskan tidak terlibat dalam satu hantaran di laman sosial Facebook, menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook, Rosnih menjelaskan, beliau hanya berkhidmat sebagai pengetua sekolah berkenaan dari 10 Mac hingga 22 November tahun lalu, sebelum bersara daripada perkhidmatan.

Artikel Berkaitan:

"Maka, saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan saya secara langsung atau tidak langsung dengan peristiwa tragik yang berlaku baru-baru ini.

"Perkara ini amat menyedihkan saya sebagai seorang ibu dan pendidik," katanya.

No Image Caption

Beliau dalam masa yang sama turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zara dan mendoakan agar roh pelajar itu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

"Semoga keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini," katanya.

Beliau juga menyatakan sokongan penuh terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh polis berhubung kes berkenaan.

"Saya percaya kebenaran akan terserlah apabila siasatan selesai," tambahnya yang turut menggunakan tanda tagar #justiceforzara.

No Image Caption

No Image Caption

Terdahulu Zara disahkan meninggal dunia keesokan harinya ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) susulan  dalam keadaan parah selepasterjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama.

Kes Zara, remaja yang baru berusia 13 tahun, meninggal dunia dalam satu insiden yang masih disiasat pihak berkuasa. 

Pemergiannya mencetuskan gelombang kesedihan dan kemarahan dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila pelbagai spekulasi mula bertebaran di media sosial  termasuk dakwaan yang mengaitkan nama bekas pengetua itu. 

Sumber: Facebook

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang