Berani, prihatin! Tindakan pantas siswa terjun selamatkan remaja OKU kereta jatuh tasik dipuji. 'Saya risau keselamatan, nampak ada budak...'

No Image Caption
A
A
A

BERBEKALKAN keberanian dan pengalaman mengikuti kursus menyelamat First Responder Life Support (FRLS) Kor Siswa- Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA), pelajar UNIMAS ini berjaya membantu salah seorang mangsa yang terlibat dalam tragedi kereta tenggelam di dalam tasik.

Menerusi sebuah video tular, pelajar jurusan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Ahmad Nur Irfan Amirrudin itu dengan pantas terjun ke tasik.

Dia yang juga merupakan Pegawai Kadet Kor SISPA UNIMAS bertindak berenang dan membantu mangsa yang terkapai-kapai di dalam tasik.

No Image Caption

Pihak UNIMAS menerusi Facebook menzahirkan penghargaan terhadap pelajar itu dan mendedahkan bahawa Irfan telah menerima latihan menyelamat sebagai first responder daripada Pusat Kawalan Operasi Samarahan (PKOT).

Tindakan berani dan keprihatinan serta atihan-latihan tersebut sedikit sebanyak memberi pengalaman kepada Irfan untuk menghadapi situasi kecemasan.

No Image Caption

"Tahniah dan syabas kepada Pegawai Kadet Kor SISPA UNIMAS, Ahmad Nur Irfan bin Amirruddin, yang juga merupakan pelajar jurusan Kerja Sosial daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UNIMAS, yang bertindak berani berenang menyelamatkan mangsa kejadian kereta terjunam ke dalam tasik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Artikel Berkaitan:

"Tindakan pantas dan penuh keberanian ini membuktikan betapa pentingnya latihan dan ilmu yang diterapkan dalam kursus FRLS kepada semua pegawai kadet Kor SISPA UNIMAS. 

No Image Caption

"Ia bukan sahaja membina kemahiran teknikal, tetapi juga membina keyakinan diri dan semangat tanggungjawab yang tinggi pada pelajar kita dalam situasi kecemasan.

"Kami seluruh warga kampus dan warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bangga dengan anda, Irfan! Anda telah menunjukkan keyakinan diri dan semangat kemanusiaan yang luar biasa. Semoga menjadi inspirasi kepada warga kampus dan masyarakat seluruhnya.

"Semoga ALLAH menaikkan darjat dan membalas kebaikan jasa Irfan," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Sementara itu, Irfan berkata, ketika kejadian dia bersama dua orang rakannya dalam perjalanan daripada Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR) sambil mencari checkpoint untuk program universiti.

"Waktu tersebut dalam jam 10.30 pagi, kami terlihat ada sebuah kereta warna biru di tengah-tengah tasik.

"Kawan-kawan saya hubungi Polis Bantuan dan saya terus selamatkan sebab saya nampak ada budak yang keluar daripada kereta tersebut. Jadi saya terus pergi ke budak tersebut dan tarik dia ke darat," kongsinya.

No Image Caption

Tutur Irfan perasaannya ketika itu bercampur baur.

"Perasaan saya waktu itu takut, cemas dan risau semua ada sebab saya risau tentang keselamatan mereka," katanya.

Tambahnya, situasi menyelamat di dalam air berkenaan adalah kali pertama dilakukannya tetapi dia bersyukur kerana telah mendapat latihan untuk menghadapi detik kecemasan seperti itu.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa seorang seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam tasik di universiti terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Superintenden Damataries Launtin, mangsa dikenali sebagai Nur Shareefah Lusia Abdullah, 50, manakala anaknya Nur Badrina Saharidan, 17, yang berada di dalam kenderaan itu terselamat.

Hebat tindakan spontan anak muda ini. Berbekalkan kemahiran yang ada, dia yang tidak berfikir panjang, sanggup bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa orang lain.

Ketangkasan dan keberaniannya wajar dijadikan contoh buat anak muda lain.

Sumber: Facebook

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang