'Curang itu pilihan, bukan kebetulan' - Hantaran IG bekas isteri Faisal Halim undang tanda tanya, mohon doa untuk hari mendatang
PENCERAIAN Nur Syazwani Mizuana Shahril dan pemain Selangor FC, Faisal Halim mengejutkan banyak pihak.
Setelah enam tahun membina mahligai kasih, ikatan perkahwinan itu kini terlerai secara rasmi apabila pasangan ini disahkan bercerai talak dua.
Walaupun punca sebenar perpisahan kekal menjadi persoalan peribadi, khabar duka ini telah mengundang simpati dan doa daripada peminat.
Nur Syazwani menerusi hantaran di laman sosial menitipkan syukur segalanya sudah menemui penyudah.
"Alhamdulillah selesai semuanya. Terima kasih Roshdan Sujak, semoga seterusnya berpihak kepada saya," tulisnya.

Dalam hantaran yang penuh emosi, Nur Syazwani memohon doa agar urusannya dan cahaya mata dipermudah. Namun, tanda pagar #curangitupilihanbukankebetulan yang mengakhiri hantaran tersebut menjadi tumpuan utama.
Tanda pagar ringkas itu seolah-olah memberi petunjuk dan bayangan tentang punca keretakan rumah tangga yang telah berakhir, sekali gus mengheret perhatian warganet untuk mendalami maksud tersirat di sebalik perpisahan yang menyedihkan ini.
"Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak menjalani kehidupan di hari yang mendatang. #curangitupilihanbukankebetulan," titipnya.

Media terdahulu melaporkan Faisal Halim dan Nur Syazwani Mizuana Shahril sah bercerai talak dua, pada Jumaat.
Mahkamah mengesahkan talak dua jatuh selepas berlaku dua kali perceraian.
Dimaklumkan, talak pertama berlaku pada 11 Jun lalu, namun pada hari sama pasangan itu rujuk dan perkara itu telah disahkan mahkamah.
Ia kemudian disusuli lafaz talak yang kedua pada 10 November baru-baru ini yang juga telah disahkan mahkamah.
Nur Syazwani kini sedang menjalani tempoh idah selepas perceraian iaitu sehingga 10 Januari hadapan.
Imbas kembali 2 September lalu, wanita itu memfailkan permohonan cerai terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
Bagaimanapun beberapa hari kemudian, masing-masing dilihat memuat naik foto bersama memberi gambaran hubungan yang retak kembali pulih.
Namun pada 10 November lalu, Nur Syazwani dilihat memberi bayangan rumah tangganya sedang goyah.
Sekadar rekod, Nur Syazwani, 26, berkahwin dengan Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 itu pada 9 Mac 2019 selepas empat bulan perkenalan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

