Dua beranak ditemui reput: Jiran sangka dah pindah, kali terakhir bertemu adik 2 bulan lalu

No Image Caption
A
A
A

 

INSIDEN penemuan jasad ibu dan anak ditemui meninggal dunia dalam keadaan reput mengundang air mata.

Wanita berusia 40 tahun dan permata hatinya yang baharu mencecah dua tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir, Pulang Pinang menjadi perhatian warga maya.

Paling menyentuh hati, kedua-duanya dijumpai dalam keadaan reput selepas jiran terhidu bau busuk yang disangka berpunca daripada sampah atau bangkai sejak 21 Jun lalu.

Hal berkenaan hanya terbongkar hal mencurigakan itu dilaporkan kepada polis pada Isnin.

Sepasukan polis telah ke lokasi kejadian, namun terpaksa memohon bantuan daripada pihak bomba untuk memecah masuk rumah tersebut kerana pintunya berkunci.

No Image Caption

Memetik Awani, polis turut menemui ubat-ubatan berkaitan tekanan perasaan di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR).

 

'KAKAK SIHAT' - NOOR

Sementara itu, adik kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Noor berkata, kakaknya tidak pernah berkongsi hal peribadi dengan keluarga dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

"Apa yang saya tahu, kakak saya sihat dan tidak ada sebarang penyakit," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).

Tambah Noor, wanita berkenaan tidak bekerja manakala pangsapuri berkenaan pula milik kakaknya sendiri.

"Dia telah berpisah dengan bekas suami, tetapi saya tidak pasti sudah berapa lama mereka berpisah.

No Image Caption

"Saya selalu juga berhubung dengan kakak melalui panggilan telefon atau WhatsApp. Kali terakhir kami berjumpa pada Mei lalu.

"Antara kami tujuh beradik, saya dan kakak sahaja yang tinggal di Pulau Pinang, yang lain tinggal di luar negeri ini," katanya.

Noor yang menyerahkan siasatan terperinci kepada polis mengakui mereka sekeluarga masih terperanjat dengan kematian kakak keduanya itu.

Sementara itu, jiran blok bersebelahan pula mendedahkan wanita berkenaan mendakwa dua beranak itu jarang kelihatan dan disifatkan jarang berkomunikasi dengan jiran-jiran.

Kali terakhir dilihat mereka dilihat adalah pada Mei iaitu dua bulan lalu.

Foto hiasan
Foto hiasan

Memetik laporan portal berita tempatan, jiran mangsa yang tinggal di aras sama menyangka wanita berkenaan sudah berpindah kerana tidak mendengar sebarang bunyi dari rumah itu.

Dakwanya, arwah pernah memaklumkan akan berpindah dan pernah dilihat membawa barang seolah mahu menetap di tempat yang baru.

"Dia mengaku rumah itu bakal dilelong dan dan mahu berpindah ke Seberang Perai dan selepas itu kami sudah tidak nampak dia," katanya.

Sumber: Sinar Harian 1, 2, 3, Awani, Harian Metro

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang