Dulu kerja kantin sekolah, Fida Jungle Girl derma RM100,000, taja pelajar ke Abu Dhabi. 'Rezeki untuk kita kongsi'
MURAH rezeki! Usahawan wanita Orang Asli popular, Nur Rafidah Man atau lebih dikenali sebagai Fida Jungle Girl sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil menghulurkan sumbangan berjumlah RM100,000 dan tajaan murid sekolah ke luar negara.
Menerusi laman sosial TikTok, Fida, 27, merendah diri memaklumkan penajaan kepada Sekolah Kebangsaan Kuala Krau, Temerloh, Pahang itu adalah untuk berkongsi rezeki.
Selain penajaan perjalanan ke luar negara, ibu kepada anak perempuan berusia tujuh tahun tersebut turut menghadiahkan lebih 30 unit televisyen pintar bersaiz 43 inci untuk kegunaan pelajar dan pihak sekolah.

'Saya menaja murid-murid istimewa ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
"Selain itu, saya berikan smart TV kepada sekolah. Saya mungkin tak mampu nak menaja semua tapi ada.
"Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada Jungle Girl. Rezeki bukan hanya untuk kita nikmati, tetapi untuk dikongsi. Semoga menjadi motivasi kepada semua," tuturnya.
Usaha murni Fida dipuji warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum dan terharu dengan kemurahan hatinya.
Ramai yang menyifatkan Fida sebagai contoh wanita berjaya yang tidak melupakan asal usul, malah menggunakan kejayaan untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

"Usahawan Orang Asli yang patut dicontohi."
"Dia setiap kali ada anjuran sukan sekitar kampung Orang Asli di Kuala Krau tidak lupa untuk taja RM10,000 ke atas."
"Tahniah Jungle Girl, seoranng yang merendah diri."
Terdahulu, wanita suku Jahut itu terkenal dengan perniagaan produk herba, makanan dan penjagaan kulit menjana pendapatan lumayan.
Sebelum ini, Fida pernah mendedahkan bekerja sebagai pembantu kantin sekolah itu terkenal dengan konten tentang adat resam Orang Asli dan pemandangan suasana di kampung tempat tinggalnya di TikTok.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
