'Jaga mom baik-baik, saya sayang kalian berdua' - Engku Aleesya titip doa buat perkahwinan Erra, dedah uncle Ezwan soft spoken
ANAK tunggal kepada primadona Erra Fazira, Engku Aleesya, turut menjadi tumpuan pada hari bahagia ibunya.
Si cantik manis berusia 16 tahun itu meluahkan rasa syukur dan kegembiraan melihat pernikahan Erra bersama Ezwan Zain berlangsung dengan penuh harmoni.
Dalam video tular, Aleesya mengakui bahawa karakter kedua-duanya saling melengkapi, menjadikan mereka pasangan yang sempurna pada pandangannya.

“Uncle Ezwan sangat soft spoken, manakala mom saya pula lebih tomboyish. Perfect duo.
"Saya harap kedua-duanya mencipta kebahagiaan bersama kerana mereka layak untuk itu,” katanya dengan senyuman.
Sementara itu, menerusi video lain, Aleesya meluahkan harapan agar suami baharu Erra dapat menjaga ratu hatinya dengan dengan baik.

"Kepada mom dan Uncle Ezwan saya harap kedua-duanya sentiasa dalam lindungan ALLAH.
"Saya sangat gembira kerana berasakan mereka pasangan yang sempurna.
"Harap Uncle Ezwan boleh menjaga mom baik-baik. Saya sayang kalian berdua," kongsinya.
Penulis buku kanak-kanak itu terdahulu mengiringi Erra ke pelamin dalam upacara akad nikah di Rinjani Majestic, Subang pada Jumaat.

Mengakui gugup, Aleesya mengungkapkan rasa lebih bimbang tentang permaisuri hati sementelah Erra lama bergelar ibu tunggal.
"Saya gementar kerana orang ramai tetapi lebih risaukan mom kerana berasa mom takut memandangkan mom sudah lama tidak mendirikan rumah tangga.
"Saya berharap mom bersedia. Alhamdulillah dia sudah okay sekarang," tutur Aleesya.

Sekadar info, Engku Aleesya, 16, ialah anak Erra bersama bekas suami keduanya, Engku Emran.
Perkahwinan ini menyaksikan Aleesya menerima kehadiran seorang adik-beradik tiri iaitu anak Ezwan, Dania Sofea, 16.
Terdahulu, Aleesya baharu sahaja melancarkan buku pertamanya. September lalu, dia terpilih sebagai achiever dan cemerlang dalamInternational General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Aleesya juga dimaklumkan akan melanjutkan pengajian ke peringkat A-Level tidak lama lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
