Momen bermakna Engku Aleesya hadiahkan bukunya kepada Mufti Menk. 'Detik yang akan sentiasa diingati'
ANAK primadona perfileman Melayu, Erra Fazira, iaitu Engku Aleesya kini semakin dikenali sebagai remaja berbakat yang aktif dalam bidang penulisan.
Momen ketika Aleesya menghadiahkan buku pertamanya kepada Mufti Menk baru-baru ini bukan sahaja mencuri perhatian ramai, malah menjadi detik penuh erti yang pasti terpahat dalam ingatan.
Saat berharga itu dikongsikan bapa, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang meluahkan pertemuan mereka dengan ulama terkenal dari Zimbabwe itu adalah pengalaman sebagai kenangan bermakna buat Aleesya.

“Detik ketika Aleesya menyerahkan bukunya kepada mufti kegemaran kami semalam.
"Aleesya lucu dalam kejujurannya dan berkata kepada Mufti Menk, ‘Saya ingin memberikan buku ini kepada tuan secara percuma.’
"Dalam hati saya berkata, sudah tentu kita tidak boleh minta beliau membayarnya, Aleesya.
“Kami akan sentiasa mengingati detik ini. Aleesya dan saya benar-benar berasa rendah diri berada dalam kehadirannya," titip Emran.

Mufti Menk pula memuji hasil tulisan Aleesya yang berjudul Little Nina and the Virtues of Fatimah Azahra iaitu kisah berkisarkan tentang kasih sayang dan keimanan itu dan berharap ALLAH akan memberkati.
Buku genre kanak-kanak berbahasa Inggeris itu diterbitkan pada November lalu.
Terdahulu, Aleesya, 16, meraih gred A+ dalam subjek First English Language, Matematik, Fizik dan A bagi subjek Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi dan terpilih sebagai achiever dan cemerlang dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Beauty with brain, si cantik manis ini dijadual akan melanjutkan pengajian ke peringkat A-Level tidak lama lagi.
Sekadar info, Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan kemudiannya membawa haluan masing-masing selepas bercerai pada Februari 2014.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
