'Jangan buat perkara tak berfaedah, dia perlu pulih keadaan'- Plot Ija ‘hilang’ 4 hari, bomba tampil buat laporan polis

Foto: Ihsan Balai Bomba Penyelamat Muar
Foto: Ihsan Balai Bomba Penyelamat Muar
A
A
A

PENGAKHIRAN kes kehilangan pempengaruh permotoran dikenali sebagai 'Ija' baru-baru ini mengejutkan ramai.

Empat hari hilang, banyak pihak berpenat lelah mencurahkan tenaga dalam siasatan dan operasi mencari dan menyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Dalam perkembangan terbaharu, JBPM Johor bertindak membuat laporan polis terhadap pempengaruh berkenaan dan adik lelakinya susulan tindakan memberi maklumat palsu.

Foto: Ihsan Balai Bomba Penyelamat Muar
Foto: Ihsan Balai Bomba Penyelamat Muar

Berikut 12 info berkaitan tindakan mengejut itu:

1-Menurut Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Norshuhada Amsari berkata, laporan dibuat semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar atas nasihat Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.

2-Laporan berkenaan dibuat kerana JBPM beranggapan perbuatan membuat laporan palsu ini adalah suatu tindakan yang tidak wajar dan menyebabkan pembaziran sumber dan masa.

Artikel Berkaitan:

Foto: Ihsan Balai Bomba Penyelamat Muar
Foto: Ihsan Balai Bomba Penyelamat Muar

3-Ia juga membabitkan risiko keselamatan pasukan penyelamat serta mengganggu tugas-tugas kecemasan lain. 

4-Tindakan berkenaan turut menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap agensi penyelamat dan pihak berkuasa jika tidak dibendung.

5-Laporan dibuat pada jam 11.30 pagi semalam di IPD Muar. Pegawai penyiasat juga sudah pun mengambil keterangan saya selepas laporan dibuat.

Foto: Ihsan Balai Bomba Penyelamat Muar
Foto: Ihsan Balai Bomba Penyelamat Muar

6-Laporan tersebut dibuat agar orang awam mengambil iktibar, tidak buat perkara yang tidak berfaedah seperti ini. 

7-Norshuhada  menegaskan, ia adalah tindakan yang tidak wajar kerana bimbang boleh mengganggu insiden kecemasan lain.

8-Sepanjang operasi berlangsung empat hari baru-baru ini, seramai 30 pegawai dan anggota bomba dari Muar, Labis dan Pagoh dikerah ke lokasi untuk mencari mangsa sebaik menerima laporan.

Foto: Ihsan Balai Bomba Penyelamat Muar
Foto: Ihsan Balai Bomba Penyelamat Muar

9-Shuhada berkata, pasukan Penyelamat di Air daripada Balai Bomba dan Penyelamat Muar digerakkan semasa operasi mencari lelaki itu.

10-Pihaknya mendapat tahu berita sebenar pada pagi Sabtu selepas dihubungi Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, memaklumkan lelaki itu selamat.

Foto: Ihsan Balai Bomba Penyelamat Muar
Foto: Ihsan Balai Bomba Penyelamat Muar

11-Shuhada menyifatkan tindakan kepada keluarga terdekat, orang awam dan pasukan penyelamat dan pihak berkuasa pempengaruh  tidak relevan dan lelaki itu perlu melakukan sesuatu untuk memulihkan situasi ini.

12-Katanya lagi, pasukan keselamatan sudah berhari-hari berkampung di lokasi untuk mencari dan menyelamat serta berusaha menjalankan tugas sebaik mungkin untuk mencari orang hilang namun perkara sebaliknya berlaku.

Foto: Ihsan Balai Bomba Penyelamat Muar
Foto: Ihsan Balai Bomba Penyelamat Muar

Imbas kembali, Ketua Polis Daerah Muar mendedahkan lelaki berusia 38 tahun didapati mereka-reka cerita berhubung kehilangannya di sungai terbabit.

Kejadian itu juga melibatkan adik lelaki pempengaruh itu yang bersubahat menolak kereta ke sungai terbabit dan berpura-pura menjalankan usaha pencarian bagi mengaburi siasatan polis.

Didakwa melarikan diri ke negara jiran selepas dipercayai menenggelamkan kereta milik isterinya untuk kepentingan peribadi, pempengaruh berkenaan kembali ke tanah air Jumaat lalu.

Sumber: Harian Metro

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang