Kakak kongsi cerita, adik 'terlepas' nahas bas UPSI kerana demam teruk, dimasukkan wad. 'Tak hujan tapi jalan berliku...'

Foto: Bernama
Foto: Bernama
A
A
A

BERPANTANG maut sebelum ajal.

Demikian perumpamaan yang boleh digambarkan buat seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dilaporkan terselamat daripada terlibat dalam nahas jalan raya yang meragut 15 nyawa rakan-rakannya.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Are Da Mat Nuar meluahkan rasa syukur dan sebak apabila adiknya sepatutnya berada dalam bas berkenaan terselamat daripada tragedi menyayat hati itu.

Namun, terpaksa membatalkan perjalanan kerana pelajar tersebut dimasukkan ke wad di Hospital Jertih sehari sebelum tragedi berlaku.

Menurut wanita itu, adiknya dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas yang teruk akibat jangkitan leptospirosis atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing tikus.

“Adik saya salah seorang pelajar UPSI yang sepatutnya naik bas ini. Tapi tengah hari semalam dia masuk wad di Hospital Jerteh sebab demam. Doktor syak jangkitan air kencing tikus.

“Semoga dipermudahkan urusan semua,” tulisnya dalam ruangan komen di sebuah hantaran berkaitan tragedi tersebut, pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dalam satu siaran langsung Sinar Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan bahawa pada waktu kejadian, keadaan jalan dan cuaca dilaporkan dalam keadaan baik.

Namun begitu, lokasi kejadian berada di kawasan jalan yang berliku-liku

"Semasa kejadian jalan adalah dalam keadaan baik dan tidak hujan, bagaimanapun jalan agak berliku di kawasan kejadian," katanya.

Penumpang bas terdiri daripada 42 penuntut UPSI terdiri daripada lapan lelaki dan selebihnya adalah perempuan bersama seorang pemandu dan kelindan bas.

Mengikut siasatan awal, pemandu bas yang berusia 42 tahun itu hilang kawalan sebelum melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dari bahagian belakang.

Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 Seksyen 41 (1).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang