'Kakak nak ayah ibu bersama semula.' Permintaan hari lahir tular, 4 tahun doa anak akhirnya termakbul, suami isteri kembali bersatu

No Image Caption
A
A
A

"KAKAK nak ayah dan ibu bersama balik." Demikian permintaan  si anak bernama Nur Laily Rifqah, 14, ketika majlis sambutan hari lahirnya  pada 2022.

Empat tahun lalu, tular sebuah video seorang kanak-kanak yang memohon agar kedua-dua ibu bapanya bersatu semula. Tidak disangka, doa tulus itu akhirnya menjadi kenyataan pada tahun 2025.

Si ibu, Norlaila Narun, 38,  dia langsung tidak menyangka anak sulungnya akan membuat permintaan berkenaan ketika hari lahir ke-11 pada tahun 2022.

"Waktu itu tidak sangka. Saya jangka ingin meminta hadiah basikal untuk hari lahir memandangkan tengah hendakkan sebuah basikal ketika itu.

"Ketika itu kami sudah berpisah selama hampir setahun," katanya.

Kata Norlaila dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor, walaupun anak meminta mereka berbaik semula, tiada perbincangan serius berlaku antara wanita itu dan suaminya untuk ke arah tersebut. 

No Image Caption

Dia dan suami, Muhamad Rizal Hamdan, 38, yang  berkahwin kali pertama pada 2010 namun perkahwinan mereka hanya bertahan 11 tahun saja sebelum sepakat berpisah April 2021.

Artikel Berkaitan:

Sebelum berkahwin semula, dia dan suami sepakat menjadi kawan saja kerana selesa begitu namun, lelaki berkenaan yang  dalam masa yang sama tidak pernah berhenti memujuk.

Sepanjang tempoh itu, Norlaila mengakui banyak kali suami memujuknya dan ajak berkahwin cuma dia saja yang menolak.

"Dia memang tidak pernah berputus asa," kongsi Norlaila menerusi temu ramah di HotFM

Dalam pada itu, wanita itu juga mengakui sepanjang empat tahun berpisah Muhamad Rizal tidak pernah lupa kepada tanggungjawab sebagai bapa.

Berpisah bukan kerana kehadiran orang ketiga cuma, Norlaila mengakui selesa hidup sendiri selepas berpisah.

Namun  setelah melihat anak bongsu membesar tanpa sentuhan dan kasih sayang bapa membuatkannya berasa tertampar.

No Image Caption

Ibu kepada empat cahaya mata, Nur Laily Rifqah, 14, Nur Laily Raisha, 12, Nur Laily Rania, 7, dan Nur Laily Raudhah, 5, itu sempat menitipkan pesanan buat warganet yang menyokongnya, terutama pasangan yang bergelar suami isteri agar terus berusaha memperbaiki hubungan dan tidak mudah berputus asa dalam menghadapi ujian rumah tangga.

"Alhamdulillah, semuanya berkat doa kalian selain doa anak-anak.

"Saya mendoakan agar ia (doa) kembali kepada semua yang mendoakan saya dan keluarga.

"Dalam hidup ini tiada tujuan, tetapi ia sebuah perjalanan. Maknanya kalau sekarang kita sedang tidak baik-baik dalam rumah tangga, itu sebenarnya proses supaya kita menjadi lebih matang, lebih menghargai supaya tidak kehilangan.

"ALLAH hanya menguji, tinggal kita sahaja untuk bersabar dan belajar," ujarnya.

No Image Caption

Norlaila dan suami disatukan semula dengan suaminya pada 11 Oktober lalu dan video berkenaan tular di laman sosial TikTok hingga meraih 3.6 juta tontonan.

Warganet rata-rata meluahkan rasa sebak dan mendoakan agar pasangan berkenaan berbahagia hingga ke akhir hayat.

"Hadiah paling lama yang anak-anak nantikan akhirnya sampai juga! 

Tahniah kak dan abang! Tahniah juga buat adik-adik semua!"

"Alhamdulillah, termakbul sudah doa kakak. Semoga akak menjadi anak yang solehah."

"Kuatnya jodoh akak sampai naik pelamin kali kedua dengan orang yang sama!Bukan semua orang dapat peluang macam ni. Jaga baik-baik, kak."

"Saya salah seorang yang pernah "aminkan” kan doa itu dulu. Mungkin bukan doa saya yang ALLAH dengar tetapi saya tetap gembira dengar berita ini. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Tahniah, impian anak sulung akhirnya jadi kenyataan."

Sumber: TikTok 1, 2

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang