'Kalau hanya mahu bahagia, jangan kahwin.' Deep! Pesan Ustaz Dr Zulkifli undang sebak 

No Image Caption
A
A
A

RAMAI yang memasuki gerbang perkahwinan memang pelbagai jangkaan. Namun perkongsian pemuda mengenai nasihat disampaikan anak bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Sri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengubah perspektif anak muda.

Dr Zulkifli memberi tazkirah berkenaan sewaktu hari pernikahan seorang penggguna TikTok, Akram Zulkifli yang kemudian memuat naiknya di laman sosial itu.

Menerusi kapsyen, Akram berkongsi nasihat penuh makna yang disampaikan oleh tokoh agama itu ketika beliau berbisik ke telinganya.

"Perkahwinan bukan tentang sempurna tetapi tentang sabar yang tak putus, doa yang tak tinggal dan cinta yang sentiasa bertuhan," katanya.

No Image Caption



Kongsi Akram, pesanan itu disampaikan dengan nada tenang dan lembut menyatakan bahagia bukan tujuan sebenar pasangan berumah tangga.

“Perkahwinan bukan titik mula bahagia tetapi titik mula sabar, syukur dan doa.

“Kalau kamu nak belajar jadi hamba yang sabar, yang reda dan yang saling memimpin ke syurga, maka nikahlah kerana itu jalannya,” kata Dr Zulkifli.

Titipnya lagi, ijab dan kabul tidak sekadar lafaz namun sumpah di sisi Tuhan bahawa suami dan isteri itu perlu kuat menempuh ujian rumah tangga.

Artikel Berkaitan:


No Image Caption



"Bukan untuk sempurna tetapi untuk sabar dan setia.

"Akan datang hari kamu mahu menyerah, tetapi kuatkan diri kerana Tuhan belum selesai menulis kisah kamu," katanya.

Warga maya rata-rata tersentuh dengan perkongsian itu dan mengakui ia tepat sebagai peringatan dalam menongkah gelombang dalam perkahwinan.

"Nasihat yang membuka mata dan hati saya di kala anniversary yang kedua tahun. Alhamdulillah. Rezeki saya jumpa nasihat yang berharga ini. Terima kasih. Sakinah mawaddah warahmah."

"Cinta yang sentiasa bertuhan. Deep betul."

"Rumah tangga bahagia impian setiap manusia, tapi ada ujiannya untuk lihat bagaimana pasangan kita menghadapinya bersama. Manis itu tapi pahitnya.

"ALLAH deep sangat. Ternyata benar apa yang beliau katakan."

"Betul yang kekal sampai hujung nyawa bukan sebab bahagia semata-mata, tetapi sebab sabar dengan perangai pasangan masing-masing."

"Perkahwinan itu titik mula sabar, syukur dan doa. Sangat tepat nasihat ini."


Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang