Khairul Aming bawa lima pemenang rendang terpantas ke New Zealand, ditaja penuh!
PEMPENGARUH dan usahawan berjaya, Khairul Aming menunaikan janji membawa lima pembeli terpantas Rendang Nyet ke New Zealand.
Percutian yang ditaja sepenuhnya itu tidak hanya membawa pemenang, malah pasangan masing-masing dan memakan masa selama seminggu.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka tidak dapat ikut serta.

"Seperti yang dijanjikan, lima pembeli rendang terpantas bersama plus one dah selamat sampai ke New Zealand.
"Kesemua sembilan orang akan spend masa dengan KA kat sini selama seminggu, all fully sponsored. Unfortunately seorang tak dapat hadir saaat-saat akhir atas faktor yang tidak dapat dielakkan," kongsinya.

``
Para pemenang cukup bertuah kerana Khairul Aming sudah merangka aktiviti dan perjalanan ke lokasi-lokasi yang menarik di negara Kiwi itu.
"Banyak benda best yang KA dah plan untuk diaorang. Harap perjalanan trip ini lancar dan selamat," titipnya.
Hantaran beliau di Instagram bukan sahaja mendapat perhatian, malah rata-rata memuji keprihatinan dan kemurahan hati jutawan muda itu serta inisiatifnya dalam menghargai pelanggannya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
