KPM tidak tolak ansur kes buli, JPN Sabah dedah hal sebenar. 'Kes 2023 pelajar terlanggar tiang gol'

No Image Caption
A
A
A

ISU berkaitan buli pelajar di sebuah sekolah di Sabah semakin menjadi perhatian warganet. 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan pendirian bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang kes penganiayaan itu dalam kalangan pelajar sekolah termasuk satu lagi kes yang tular di media sosial sejak semalam.

Insiden yang dikatakan berlaku pada tahun 2023 itu kini dalam siasatan selepas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah untuk mengambil tindakan segera.

“Saya telah minta pasukan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah untuk segera menyiasat perkara ini,” katanya dalam kenyataan.

No Image Caption

Pada masa yang sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyeru agar ibu bapa atau penjaga kepada murid yang terlibat tampil membuat laporan rasmi bagi membantu kelancaran siasatan.

“Saya menyeru ibu bapa atau penjaga murid terlibat untuk tampil ke hadapan dan membuat laporan kepada JPN Sabah atau kepada pihak polis supaya ia boleh disiasat dan diambil tindakan,” ujarnya.

Menegaskan pendirian, beliau menyeru agar  tidak akan bertolak ansur dalam isu salah laku buli, yang semakin menjadi perhatian umum selepas beberapa kes tular termasuk insiden melibatkan pelajar perempuan,  Zara Qairina, sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

“KPM tidak berkompromi dengan salah laku buli. Ia perlu dibanteras di semua peringkat,” tegas Fadhlina.

Kenyataan beliau menerusi Facebook itu turut disertakan dengan tanda tagar #YouTouchYouGo sebagai peringatan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap murid atau pelajar yang terlibat dalam kes buli.

Menerusi tinjauan SinarPlus, hantaran berkenaan menerima lebih 2,100 reaksi daripada warga maya.

'Kes 2023 pelajar terlanggar tiang gol' - JPN Sabah

No Image Caption

Semalam tular di media sosial mengenai luahan dan perkongsian seorang waris mendakwa anaknya turut menjadi mangsa keganasan di sekolah yang sama dengan Zara Qairina. 

Niat lelaki berkenaan untuk membuat tuntutan saman di peringkat mahkamah tidak kesampaian disebabkan masalah kewangan.

Bagaimanapun, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah menafikan dakwaan berlaku kes buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Papar, pada tahun 2023.

No Image Caption

Berikut maklumat yang dikongsikan pengarahnya JPN Sabah, Datuk Raisin Saidin kepada Sinar Harian:

1-Menurutnya, siasatan mendapati kes tersebut tidak berlaku di sekolah berkenaan, malah identiti pelajar yang terlibat juga tidak dikenali.

2-Kes berkenaan tidak berlaku di SMA Tun Mustapha dan tiada yang mengenali pelajar berkenaan. 

3-Difahamkan, tidak ada laporan disiplin diterima JPN berkaitan kes tersebut kerana ia tidak berlaku di sekolah tersebut.

4-Raisin menjelaskan kejadian itu sebenarnya berlaku di sebuah sekolah lain dan tidak melibatkan insiden buli. Sebaliknya membabitkan pelajar yang terlanggar tiang gol.

5-Kes berkenaan difahamkan telah selesai pada tahun yang sama dan ibu bapa murid telah menarik laporan polis.

Sementara itu, semakan SinarPlus mendapati hantaran bapa pelajar berkenaan telah dipadamkan dan mengakui kesilapan nama sekolah. 

Sumber: Sinar Harian 1, 2

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang