Kronologi terkini kes Zara Qairina, kubur digali semula & bedah siasat, Sultan Pahang titah solat hajat

A
A
A

ZARA Qairina, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah agama menjadi perhatian umum selepas jenazahnya digali semula 23 hari selepas pengebumian awal di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang.

Proses bedah siasat telah dijalankan sebelum jenazah dikebumikan semula di lokasi sama. Kisah ini mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan warga maya, sekali gus mencetuskan desakan agar siasatan lanjut dilakukan untuk merungkai kebenaran di sebalik tragedi yang menimpa remaja tersebut.

Berikut kronologi terkini kes remaja itu:

16 Julai 2025

Zara ditemui kritikal di dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama di Papar, Sabah

17 Julai 2025

Disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu. Tiada bedah siasat dilakukan sebelum pengebumian malam itu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

27 Julai 2025

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek jamin siasatan telus, memberi sokongan psikologi untuk keluarga dan komuniti sekolah

30 Julai 2025

Ibu Zara, Noraidah Lamat, membuat laporan polis menuntut ekshumasi (gali mayat) dan inkuiri rasmi; mahu penyiasatan oleh pegawai berpengalaman dari Bukit Aman

31 Julai 2025

Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) tuntut siasatan bebas dan memantau perkembangan kes.

No Image Caption

2 Ogos 2025

Polis umum siasatan selesai; lebih 60 saksi diambil keterangan, laporan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC)

5 Ogos 2025

Ibu Zara buat laporan kedua berhubung lebam pada tubuh. Peguam persoal integriti siasatan kerana tiada bedah siasat dan bukti seperti pakaian tidak dirampas.

6 Ogos 2025

AGC pulangkan laporan awal kepada polis dengan arahan untuk siasatan penuh.

No Image Caption

9 Ogos 2025

-Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sahkan polis akan gali semula kubur Zara secepat mungkin. 

-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tekankan siasatan perlu telus tanpa melindungi sesiapa.

-Proses gali semula kubur Zara selesai 7.15 malam.

10 Ogos 2025

-Pakar forensik Semenanjung mengetuai proses bedah saisat dan bedah siasat berjalan dari jam 11 pagi hingga 7 malam.

-Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta orang ramai memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan dan undang-undang.

-Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua masjid dan surau di seluruh negeri itu mengadakan solat hajat khas memohon kelancaran proses keadilan buat Allahyarham dan memastikan kebenaran dapat ditegakkan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta orang ramai memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan dan undang-undang.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta orang ramai memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan dan undang-undang.

11 Ogos 2025

-Jenazah Zara tiba dari Kota Kinabalu pada jam 12.42 tengah malam dengan diiringi pasukan polis dan selamat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama di sini pada jam 1.15 pagi.

-Sebelum itu, jenazah yang dibawa menaiki trak polis kira-kira jam 9.30 malam dari HQEI diiringi laungan kalimah tauhid ‘Lailahaillallah’ daripada  orang ramai yang setia menunggu di pekarangan Jabatan Forensik.

-Laporan penuh bedah siasat dijangka menjadi penentu langkah seterusnya, termasuk kemungkinan mengadakan prosiding inkues sekiranya keluarga tidak berpuas hati dengan hasil siasatan.

Semoga keadilan tertegak dan pemergian Allahyarham Zara Qairina terbela!

Sumber: Sinar Harian

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang